150288
TodayToday147
YesterdayYesterday192
This_WeekThis_Week850
This_MonthThis_Month2118

Energy use in paddy production: NKEA’S estate in MADA area
(Penggunaan tenaga dalam pengeluaran padi: Ladang NKEA di kawasan MADA)
Siti ‘Aisyah Baharudin* and Fatimah Mohamed Arshad**
Keywords: energy use, NKEA's estate, paddy production, MADA

Abstract
This study was conducted to determine the energy use in the production of paddy in NKEA’s estate in Muda Agricultural Development Authority (MADA), Malaysia for season 1/2012 – 2/2012. Data were collected through questionnaires and in-depth interviews with managers of NKEA’s estate under province I in the MADA area. The calculation of energy usage is comprised of fuel energy, human energy, fertilisers, pesticides and seed. An energy analysis of paddy production in NKEA’s estate in MADA indicates that the planting practices are largely dependent on direct seeding (75%) and transplanting (15%). The energy input-output ratio is 6.28 for the direct seeding and 6.18 for transplanting. Results show that the total energy input for transplanting (19,972.37 MJ/ha) is higher than the input used in direct seeding method (19,659.21 MJ/ha). Meanwhile, the total output for paddy production is 12,3505 MJ/ha. The study indicates that among the activities involved in the direct seeding cultivation technique, fuel energy usage is highest in land preparation (38%), followed by harvesting (25%), post-harvest (15%), crop management (14%) and planting (6%). High energy input could increase the input risk in paddy production as the increase in world oil prices has a direct impact on the domestic prices of fuel and indirect effect on fertiliser prices. These findings suggest the need to decrease dependency on energy which could be done either through efficient use of energy or utilising organic input.

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menentukan penggunaan tenaga dalam pengeluaran padi di kawasan estet NKEA Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Malaysia bagi musim 1/2012 –2/2012. Data telah dikumpulkan melalui soal selidik dan temu duga secara bersemuka dengan pengurus estet NKEA bagi wilayah I di MADA. Input dalam pengiraan penggunaan tenaga termasuk tenaga bahan api, tenaga manusia, baja, racun perosak dan benih. Analisis tenaga pengeluaran padi di estet NKEA di MADA menunjukkan bahawa amalan penanaman adalah bergantung kepada tabur terus (75%) dan mengubah (15%). Tenaga nisbah input-output adalah 6.28 untuk kaedah tabur terus dan 6.18 untuk mengubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah input tenaga untuk mengubah (19,972.37 MJ/ha) adalah lebih tinggi daripada input yang digunakan dalam kaedah tabur terus (19,659.21 MJ/ha). Sementara itu, jumlah pengeluaran bagi pengeluaran padi ialah 123,505 MJ/ha. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa antara aktiviti yang terlibat dalam teknik penanaman tabur terus, penggunaan tenaga bahan api adalah yang tertinggi dalam penyediaan tanah (38%), diikuti oleh penuaian (25%), lepas tuai (15%), pengurusan tanaman (14%) dan penanaman (6%). Input tenaga yang tinggi boleh meningkatkan risiko kepada penggunaan input dalam pengeluaran padi kesan kenaikan harga minyak dunia yang mempunyai kesan langsung kepada harga domestik bahan api dan kesan tidak langsung kepada harga baja. Penemuan ini menyarankan keperluan untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga sama ada melalui peningkatan kecekapan amalan sawah atau penggunaan input organic.

X

Right Click

Not allowed