Print

Kos dan pulangan bagi penternakan ayam kampung

Aktiviti penternakan ayam kampung telah lama wujud di Malaysia dan diusahakan secara tradisional mahupun komersial. Generasi pertama ayam kampung (Gallus domesticus) adalah daripada keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus). Dalam kajian ini, pengumpulan data dan maklumat meliputi profil penternak, sistem pengurusan dan kos pengeluaran bagi melihat untung/rugi, produktiviti dan kecekapan dalam aktiviti penternakan ayam kampung.Keputusan kajian menunjukkan bahawa kos pengeluaran bagi ayam kampung ialah RM6.81/ekor atau RM4.09/kg berat hidup. Sebanyak 91.9% daripada kos pengeluaran digunakan bagi pembelian makanan dan anak ayam. Purata berat ayam kampung ialah 1.72 kg dan dengan harga purata peringkat ladang RM6.93/kg, penternak akan memperoleh margin keuntungan RM4.70/ekor atau RM2.73/kg. Indeks produktiviti ladang pula 0.84–5.60 dengan nilai purata indeks 1.93 dan sisihan piawai 0.96. Jumlah produktiviti bagi 38 ladang ternakan ayam kampung yang dikaji memberikan nilai indeks 1.45. Peratus kecekapan bagi ladang ternakan ayam kampung ialah 31.89–99.83% dengan purata kecekapan 73.04%. Kebanyakan ladang yang dikaji (54%) berada dalam tahap kecekapan tinggi dan selebihnya mempunyai nilai kecekapan 25–75%. Umumnya, kecekapan pengeluaran ayam kampung berada pada tahap sederhana. Sistem sedia ada perlu diperkukuh bagi meningkatkan hasil semasa.

 
X

Right Click

Not allowed