150093
TodayToday144
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week655
This_MonthThis_Month1923

Persepsi pengeluar snek terhadap pembungkusan dan pelabelan
(Perception of snack producers towards packaging and lebelling)
Suwardi Afandi Ahmad* dan Mohd Arif Wahid**
Kata penunjuk: persepsi, snek, pembungkusan dan pelabelan

 

Abstrak
Pembungkusan memainkan peranan penting sebagai pelindung kepada produk. Dalam aspek pemasaran, pembungkusan mampu bertindak sebagai ejen iklan atau ejen jualan. Akta dan peraturan makanan telah mewajibkan supaya produk makanan yang dibungkuskan wajib mempunyai label. Label penting kerana ia dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengguna. Dalam industry perusahaan snek, kelemahan dalam aspek pembungkusan masih kelihatan terutama dalam kalangan pengeluar bersaiz kecil. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pengeluar snek terhadap fungsi pembungkusan dan pemahaman mereka terhadap tujuan pelabelan. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul melalui temu bual secara bersemuka dengan 74 pengeluar snek. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur. Keputusan kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap fungsi pembungkusan masih rendah. Kebanyakan responden tidak menganggap pembungkusan sebagai ejen pengiklanan. Persepsi ini sangat dipengaruhi oleh pendidikan dan jantina. Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan responden yang pernah mendapat khidmat nasihat lebih memahami tujuan pelabelan berbanding dengan responden yang tidak mendapat khidmat nasihat. Bagi meningkatkan pengetahuan, responden perlu menghadiri kursus atau seminar yang berkaitan dengan pembungkusan. Jabatan dan agensi yang menyediakan kursus atau seminar perlu memberi penekanan terhadap peranan pembungkusan sebagai ejen pengiklanan.

 

Abstract
Packaging plays an important role as product protector. In terms of marketing, packaging can act as an advertising agent or sales agent. Food acts and regulations have made it mandatory that the packaged food product must be labelled. The label is important because it can provide the information needed by the user. As for the snack industry, the weekness in packaging can be seen especially among the small producers. The objective of this study was to determine the perception of snack producers towards the packaging functions and their understanding towards the labelling purposes. This study used primary data collected through face to face interviews with 74 snack producers. Data were collected using a structured questionnaire. The results showed that the respondents’ knowledge pertaining to the packaging function was still low. Majority of respondents did not consider packaging as advertising agent. This perception was influenced by education and gender. The Chi Square Tests showed that respondents that had received advisory service have better understanding on labelling purposes compared to the respondents that had not. In order to increase their knowledge, they had to attend courses or conferences that are related to packaging. The departments and agencies that provide the courses or conferences need to emphasise the role of packaging as an advertising agent.

X

Right Click

Not allowed