Print

Potensi dan daya maju teknologi penanaman halia secara fertigasi
(Potential and viability of ginger cultivation using fertigation technology)
Yaseer Suhaimi Mohd*, Mohamad Abd Manas*, Suwardi Afandi Ahmad* dan Omar Taib*
Kata petunjuk: kos pengeluaran, teknologi penanaman halia secara fertigasi, daya maju, halia

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menilai kos dan faedah penanaman halia secara fertigasi dengan kaedah konvensional untuk pengeluaran halia tua dan muda. Data kajian diperoleh daripada plot perojek perintis MARDI dan Jabatan Pertanian. Analisis kos dan faedah menunjukkan kos pengeluaran untuk halia tua dan muda menggunakan sistem fertigasi masing-masing ialah RM0.90/kg dan RM1.41/kg berbanding dengan RM1.36/kg dan RM1.24/kg menggunakan kaedah konvensional. Pendapatan bersih tahunan bagi pengeluaran halia tua (RM174,680/ha) dan muda (RM32,500/ha) adalah tinggi menggunakan sistem fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional (halia tua: RM49,200/ha dan halia muda: RM21,100/ha). Pendapatan bersih yang tinggi ini berpunca daripada hasil halia yang tinggi, 2 – 3 kali ganda per hektar berbanding dengan kaedah konvensional. Analisis belanjawan separa juga menunjukkan nilai faedah yang tinggi berbanding dengan nilai implikasi sekiranya petani bertukar kepada sistem penanaman halia secara fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional. Secara keseluruhannya, teknologi penanaman halia secara fertigasi terbukti dalam meningkatkan hasil serta mempunyai daya maju yang tinggi. Kos atau modal permulaan yang tinggi dapat diimbangi dengan hasil pengeluaran yang tinggi. Teknologi ini juga lebih mesra alam serta selaras dengan amalan pembangunan pertanian lestari.

Abstract
This study was conducted to evaluate the costs and benefits of ginger cultivation using fertigation and conventional methods for the production of mature and young ginger. Data were obtained from the fertigation projects plot under MARDI and Department of Agriculture. Cost benefit analysis shows the cost of production for young and mature ginger using fertigation system is RM0.90/kg and RM1.41/kg respectively compared to RM1.36/kg and RM1.24/kg using conventional method. Annual net income for mature (RM174,680/ha) and young (RM32,500/ha) ginger production using fertigation system is higher than using the conventional method (old ginger: RM49,200/ha and young ginger: RM21,100/ha). The higher net income was due to the high yield of ginger, 2 – 3 times more per hectare than conventional methods. Partial budget analysis also showed higher benefits value than implications value if farmers switched to ginger cultivation using fertigation system. Overall, ginger cultivation using fertigation technology is proven to improve ginger yield and has a high viability. Cost or high initial capital will be offset by higher production yield. This technology is also environmentally friendly and in accordance with the practice of sustainable agriculture development.

X

Right Click

Not allowed