Print

Youth inclination towards agricultural entrepreneurship (Kecenderungan belia ke arah keusahawanan pertanian)
Nor Amna A’liah Mohammad Nor*, Nik Rozana Nik Mohd Masdek* and Mohd Khairul Hafifi Maidin*
Keywords: agricultural entrepreneurship, youth inclination

Abstract

Agricultural entrepreneurship can generate income, especially for the youth and is also perceived as a dimension which offers agricultural sustainability. Youth involvement in agricultural entrepreneurship can reduce unemployment, improve food supply and overcome poverty. Indirectly, it can reduce the country’s reliance on food imports and ensure food security. Despite the important role played by the young entrepreneurs in driving the development of agriculture sector, there is still lack of in-depth research and efforts to view it from the perspective of youth and agriculture. Hence, this study examined the factors of inclination of Malaysian youth towards agricultural entrepreneurship. Empirical tests such as factor analysis and logistic regression model were carried out on data gathered from 757 questionnaires. Results demonstrated that majority of the respondents have a positive inclination towards entrepreneurship. The knowledge variable has the most statistically significant relationship on youth inclination towards agricultural entrepreneurship. Therefore, dissemination of information, particularly through education is important to increase knowledge of youth towards entrepreneurship.

Abstrak

Keusahawanan pertanian boleh menjana pendapatan terutamanya golongan belia dan juga dilihat sebagai satu dimensi yang menawarkan pertanian mampan. Penglibatan belia dalam aktiviti keusahawanan dalam bidang pertanian boleh mengurangkan pengangguran, meningkatkan bekalan makanan negara dan mengatasi kemiskinan. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan dan memastikan keselamatan makanan pada masa akan datang. Di sebalik peranan penting yang dimainkan oleh usahawan dalam memacu pembangunan sektor pertanian, kajian yang mendalam dan usaha untuk melihatnya daripada perspektif belia dan pertanian masih kurang. Oleh itu, kajian ini mengkaji faktor kecenderungan belia terhadap keusahawanan pertanian di Malaysia. Ujian empirikal seperti analisis faktor dan model regresi logistik dijalankan ke atas data yang dikumpul daripada 757 soal selidik. Keputusan menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai kecenderungan positif terhadap keusahawanan pertanian. Pemboleh ubah pengetahuan didapati mempunyai hubungan yang paling ketara dan merupakan factor utama kecenderungan belia ke arah keusahawanan pertanian. Oleh itu, penyebaran maklumat terutamanya melalui pendidikan adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan belia ke arah keusahawanan.

X

Right Click

Not allowed