Print

Economic values of conservation attribute options in Cameron Highlands
(Nilai-nilai ekonomi pilihan atribut pemuliharaan di Cameron Highlands)

Abstract

Stakeholders and public nowadays are very keen to enjoy a healthy environmentas a result of improvement in the standard of living and the increase in environmental consciousness among them. Activities such as deforestation, illegal logging and agricultural activities that harm the environment are not publicly supported, and few significant segments in the society are willing to take responsibilities in preserving their natural resources. However, the collectivism attitude in preserving the resources is still lacking and the monetary value that can be gained from the direct exploitation or depletion of the natural resources seems to be more profitable and advantageous for certain people. Is it worth to deplete the resources without sustaining it or is it better to exploit it in an appropriate and reasonable manner? This paper will discuss a case study of Cameron Highlands as internalising the issues and problems existed here, such as the disturbances of the biodiversity and it’s ecosystems, the dimensions that contribute to the problems and the appropriate strategies to encounter that particular matters. Series of physical observations and discussions with the stakeholders have been done in order to obtain the important information and current problems existed in the area.

Abstrak

Pihak berkepentingan dan orang ramai pada masa kini sangat berminat untuk menikmati persekitaran yang sihat hasil daripada peningkatan taraf hidup dan kesedaran alam sekitar yang semakin meningkat di kalangan mereka. Aktiviti-aktiviti seperti penebangan hutan, pembalakan haram dan aktiviti pertanian yang merosakkan alam sekitar tidak disokong secara terbuka dan beberapa segmen yang signifikan dalam masyarakat sanggup bertanggungjawab dalam memelihara sumber semula jadi mereka. Walau bagaimanapun, sikap kolektivisme dalam memelihara sumber masih tidak banyak dan proaktif kerana nilai monetari yang boleh diperoleh daripada eksploitasi atau pengurangan langsung sumber semula jadi seolah-olah lebih menguntungkan dan berfaedah terutama bagi kumpulan-kumpulan tertentu. Adakah ia berbaloi untuk mengurangkan sumber-sumber tanpa usaha mengekalkannya atau adakah ia lebih baik untuk mengeksploitasinya dengan cara yang sesuai dan munasabah? Artikel ini akan membincangkan satu kajian kes di Cameron Highlands dengan mengambil kira isu dan masalah yang wujud seperti gangguan biodiversiti dan ekosistemnya, dimensi yang menyumbang kepada masalah-masalah tersebut dan menerangkan strategi yang sesuai untuk menghadapi permasalahan tersebut secara umum. Siri pemerhatian fizikal dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting dan masalah semasa yang wujud di kawasan itu.

X

Right Click

Not allowed