Print

Understanding the mushroom industry and its marketing strategies for fresh produce in Malaysia
(Memahami industri cendawan dan strategi pemasaran untuk produk segar di Malaysia)
Mohd Tarmizi Haimid*, Hairazi Rahim* and Rozhan Abu Dardak*
Keywords: mushroom industry, marketing strategy, fresh produce

Abstract
Mushroom is a new and small industry in Malaysia. This industry, however, is growing as one of the sources of food and a new source of wealth for farmers. This study was carried out to understand the potential of this industry, particularly the issues and challenges that could slow down its development from the perspective of growers. A qualitative research paradigm was applied involving 15 people who were involved in this industry. Specifically, a focus group discussion was used to gather information about their perception, expectation and experience in cultivating and marketing fresh mushroom in Malaysia. This study revealed that the three main issues of concern within this industry were related to production, marketing and government policies and initiatives. The production issues were related to managing the hot weather, supply of low quality seeds and the increase in production cost. In general, the demand for oyster mushroom is more than the quantity supplied by growers. Thus, there was no competition in marketing the oyster mushroom, especially in the Klang Valley area. The higher demand resulted in a higher price. The price of oyster mushroom is determined by marketers. However, the marketers still need to strategize the marketing effort by fulfilling the consumer needs and wants. This study also revealed that R&D on the production system to overcome the environmental issue, introduction of new seeds, training and subsidy on the production house are some initiatives required from the government. The mushroom industry has the potential to be developed due to higher demand from local and global consumers.

Abstrak
Cendawan merupakan industri baru dan kecil di Malaysia. Walau bagaimanapun, industri ini berkembang sebagai salah satu sumber makanan dan sumber pendapatan baru kepada petani. Kajian ini telah dijalankan untuk memahami potensi industri, khususnya berkaitan isu dan cabaran yang boleh menghalang perkembangannya daripada perspektif pengeluar. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan kualitatif melibatkan 15 orang yang berkecimpung dalam industri cendawan. Secara khususnya, perbincangan kumpulan fokus telah digunakan untuk mengumpul maklumat berkenaan persepsi, jangkaan dan pengalaman mereka dalam menanam dan memasarkan cendawan segar di Malaysia. Kajian ini mendapati, terdapat tiga isu yang perlu diberi perhatian iaitu pengeluaran, pemasaran dan polisi serta inisiatif kerajaan. Isu pengeluaran berkisar kepada pengurusan cuaca yang semakin panas, bekalan biji benih yang rendah kualitinya dan peningkatan kos pengeluaran. Secara umumnya, permintaan terhadap cendawan tiram adalah lebih tinggi berbanding dengan kuantiti yang dibekalkan oleh pengeluar. Oleh itu, tiada persaingan dalam pemasaran cendawan tiram terutamanya di kawasan Lembah Klang. Permintaan tinggi menyebabkan harga pasaran juga tinggi. Harga cendawan tiram ditentukan oleh pemasar. Walau bagaimanapun, pemasar masih lagi perlu merancang strategi pemasaran bagi memenuhi permintaan dan keperluan pengguna. Kajian ini juga mendapati bahawa penyelidikan dan pembangunan (P&P) berkaitan dengan sistem pengeluaran yang dapat menangani isu alam sekitar, pengenalan kepada biji benih yang baru, latihan dan subsidi bagi pembangunan rumah pengeluaran adalah antara insentif yang diperlukan daripada pihak kerajaan. Kesimpulannya, industri cendawan mempunyai potensi untuk dikembangkan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna tempatan dan global.

X

Right Click

Not allowed