Print

Modern agricultural practices among paddy farmers in IADAKETARA, Terengganu and IADA Kemasin Semerak, Kelantan

(Amalan pertanian moden dalam kalangan penanam padi di IADA KETARA, Terengganu dan IADA Kemasin Semerak, Kelantan)

Abstract

Paddy industry is one of the main industries that is focused on the National Plan aimed at achieving production levels of 2.91 million metric tonnes by 2020. The industry’s ability to achieve this targeted production level is dependent on the capacity of farmers to produce sufficient production towards 2020. However, there is a public perception that traditional farming is still being practiced, resulting in a low level of rice production. Therefore, this study was carried out to examine the characteristics of modern agriculture of local paddy farmers according to the theory by Alex Inkeles. Two characteristics of modern society, namely, time management and technology, are discussed. This study was conducted using a quantitative approach by surveying farmers at IADA KETARA and IADA Kemasin Semerak. The findings showed that there is a systematic time management for activities such as managing rice fields and leisure time among farmers in both granaries. In addition, appreciation for new knowledge is also evidenced by the application of technologies in accordance with the cultivation activities undertaken to fulfil all the necessary requirements effectively. The two granary areas showed that there was a difference in the characteristic levels of modernity among the farmers based on farmers’ attitude in time management and technology adoption in farming. The achievements of the characteristics of modern farmers in these two granary areas proved the perception that rice farmers are still at the traditional/conventional level to be less accurate. Farmers have demonstrated that there are two characteristics of modernity in their working culture. Therefore, these will contribute to achieving the country’ goal to produce enough paddy by 2020.

Abstrak

Industri padi negara merupakan salah satu industri yang menjadi tumpuan dalam perancangan negara yang disasarkan untuk menjana tahap pengeluaran sebanyak 2.91 juta MT menjelang tahun 2020. Kemampuan industri ini untuk mencapai tahap pengeluaran bergantung pada keupayaan para petani untuk menghasilkan pengeluaran yang secukupnya menjelang tahun tersebut. Namun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan tahap pertanian pesawah masih lagi berada pada tahap pertanian tradisional yang menjadi punca tahap pengeluaran padi masih rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada masyarakat petani di Malaysia telah mencapai tahap pertanian moden berdasarkan kepada teori ciri-ciri petani moden oleh Alex Inkeles. Dua ciri masyarakat moden dibincangkan dalam kajian ini iaitu menghargai waktu dan lebih banyak berorientasikan masa depan berbanding masa lalu dan percaya pada ilmu pengetahuan dan teknologi. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kuantitatif dengan menjalankan survei dalam kalangan pesawah di IADA KETARAdan IADA Kemasin Semerak. Daripada aspek pengurusan masa, didapati bahawa wujud satu sistem pengurusan waktu yang sistematik bagi pengurusan waktu aktiviti sawah dan masa lapang dalam kalangan petani di kedua-dua jelapang. Selain itu, penghargaan terhadap ilmu dan teknologi juga dibuktikan melalui pengaplikasian ilmu dan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan aktiviti penanaman yang dilakukan yang mana segala keperluan yang diperlukan dipenuhi dalam usaha memastikan aktiviti penanaman padi berjalan dengan lancarnya. Perbandingan yang dijalankan di antara kedua-dua kawasan jelapang bagi ciri-ciri petani moden menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap kemodenan dalam kalangan para petani tersebut namun masih berupaya membuktikan bahawa ciri kemodenan dalam kalangan petani telah dicapai bagi pengurusan waktu dan pengaplikasian teknologi dalam amalan dan pengurusan mereka. Pencapaian ciri-ciri petani moden di kedua-dua kawasan jelapang ini membuktikan tanggapan bahawa petani sawah yang masih berada di tahap tradisional adalah kurang tepat khususnya di dua lokasi ini. Para pesawah telah menunjukkan ciri-ciri kemodenan dalam pengurusan waktu dan pengaplikasian teknologi dan secara tidak langsung berupaya untuk membantu mencapai hasrat negara dalam mengeluarkan bekalan padi dan beras negara yang mencukupi menjelang tahun 2020.

X

Right Click

Not allowed