Print

MARDI’s use of 4P marketing mix strategy for rare fruits planting material

(Penggunaan strategi bauran pemasaran 4P oleh MARDI bagi bahan tanaman buah­buahan nadir)

Abstract

Planting materials of rare fruits have a unique market which is also known as a niche market. The lack of consumer comprehension about the nutritional value of rare fruits is one of the factors contributing to low consumer demand. Promotion is a very important activity to ensure a developed product reaches its target audience. Therefore, MARDI through the Gene Bank and Seed Centre have used several promotional methods to increase consumer awareness and thus increasing demand for rare fruit planting materials. This study is conducted to survey marketing strategies based on the 4Ps strategy, namely, Product, Price, Place and Promotion. MARDI’s planting materials effectively practiced the 4P marketing mix strategy. The sale of rare fruit plants from 2012 to 2016 increased twice its base value generated from sales in events and sales at MARDI’s Gene Bank and Seed Centre. Promotion is done through major agriculture exhibitions including Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) and state carnivals. However, the marketing strategies need to be improved to satisfy the needs of consumers and to compete with other nurseries.

Abstrak

Bahan tanaman buah-buahan nadir mempunyai pasaran yang unik atau dikenali sebagai pasaran ceruk (niche). Kekurangan pemahaman pengguna tentang nilai khasiat buah-buahan nadir adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada permintaan pengguna yang rendah. Promosi adalah aktiviti yang sangat penting untuk memastikan produk yang dibangunkan sampai kepada pengguna sasaran. Oleh itu, MARDI melalui Pusat Bank Gen dan Biji Benih telah menggunakan beberapa kaedah promosi untuk meningkatkan kesedaran pengguna sekali gus meningkatkan permintaan untuk bahan tanaman buah-buahan nadir. Kajian ini dijalankan untuk meninjau strategi pemasaran berdasarkan strategi bauran pemasaran 4P iaitu, Produk, Harga, Tempat dan Promosi. Bahan tanaman MARDI telah mengamalkan strategi bauran pemasaran 4P dengan berkesan. Nilai jualan anak pokok buah-buahan nadir dari tahun 2012 hingga 2016 telah meningkat dua kali ganda dari nilai asasnya yang dijana daripada jualan dalam acara dan jualan di Pusat Bank Gen dan Biji Benih MARDI. Promosi dilaksanakan di pameran pertanian utama termasuk Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan, Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show(MAHA) dan karnival pertanian peringkat negeri. Walau bagaimanapun, strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh MARDI perlu ditingkatkan untuk memenuhi keperluan pengguna dan bersaing dengan tapak semaian yang lain.

X

Right Click

Not allowed