Print

Total productivity and technical efficiency of coconuts in Malaysia
(Jumlah produktiviti dan kecekapan teknikal tanaman kelapa di Malaysia)

Abstract
Coconuts are highly nutritious, rich in fibre, antioxidants and packed with essential vitamins and minerals. It is known for their versatility uses ranging
from foods to cosmetics. As the coconut industry is experiencing rapid growth due to high demand for coconut-based products, the question of whether
Malaysia can increase their coconut productivity and improve efficiency in their operation currently arises. This study gathered information on coconut farmer’s
profiles, management system and production cost as well as productivity and technical efficiency of coconut farm activities. The results showed that the total cost of production for coconuts was RM9,739.18/ha/yr. Major expenditure was for labour cost which covered 34.4% of the total cost. The Cobb-Douglas production function exhibited that the area had a significant positive correlation with production at a = 1% level while the seed factor had a significant negative correlation with production at a = 5% level using Maximum Likelihood Estimation (MLE). Average productivity index of 1.97 showed that farms were in low efficiency level. The Cobb-Douglas analysis also showed that the technical efficiency analysis was 99% with an elasticity (e) of 1.1699. This indicated that the farm was operating at an increasing return to scale. Current technologies practiced are still in the productive level, but the input combination could be improved to produce better output.

Abstrak
Kelapa sangat berkhasiat, kaya dengan serat, antioksidan dan membekalkan vitamin dan mineral penting. Ia terkenal dengan kepelbagaian penggunaannya iaitu sebagai sumber makanan sehinggalah kepada penggunaan dalam kosmetik. Sebagaimana industri kelapa mengalami pertumbuhan pesat disebabkan oleh permintaan tinggi untuk produk berasaskan kelapa, muncul persoalan samada Malaysia dapat meningkatkan produktiviti kelapa dan kecekapan dalam operasi mereka. Kajian ini mengumpulkan maklumat mengenai profil, sistem pengurusan dan kos pengeluaran petani kelapa serta produktiviti dan kecekapan teknikal
aktiviti ladang kelapa. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah kos pengeluaran kelapa adalah RM9,739.18/ha/tahun. Perbelanjaan utama adalah untuk kos buruh yang merangkumi 34.4% dari jumlah kos. Fungsi pengeluaran Cobb- Douglas menunjukkan bahawa kawasan penanaman mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan pengeluaran pada tahap a = 1% sementara faktor benih mempunyai korelasi negatif yang signifikan dengan pengeluaran pada tahap a = 5% menggunakan Estimasi Kemungkinan Maksimum (MLE). Indeks produktiviti purata bernilai 1.97 menunjukkan bahawa ladang berada pada tahap kecekapan yang rendah. Analisis Cobb-Douglas menunjukkan bahawa analisis kecekapan teknikal adalah 99% dengan keanjalan (e) 1.1699. Ini menunjukkan bahawa ladang beroperasi pada skala peningkatan yang semakin meningkat. Teknologi semasa yang diamalkan masih di tahap produktif, tetapi kombinasi input dapat ditingkatkan untuk menghasilkan output yang lebih baik.

X

Right Click

Not allowed