Print

MARDI’s technology adoption level at MADA: The evaluation of
rice technology practices
(Tahap penggunaan teknologi MARDI: Penilaian amalan teknologi padi di MADA)

Abstract
Food supply, productivity and improving farming skills are the main focus in the 11th Malaysian Plan, with special focus on paddy production. In 2016, MADA focused on increasing paddy yield to 7.0 t/ha as stated in the ‘Rice Check’ Agronomic Practices Compliance Campaign. Technological advancement and application of Internet of Things (IoT) were the main agendas in improving production of paddy. Due to that, MARDI developed relevant technologies and transferred these to farmers’ at MADA to improve paddy production as well as to increase farmers’ income. The survey was conducted among 63 farmers and 10 entrepreneurs or service providers to evaluate the technology adoption practices and acceptance. The results stated that most of the technology was adopted at the best level for all activities, however the gap between the best and the worst were quite huge especially in land preparation, seed management and pest and disease management. Hence, it revealed that the disparity of technological practices in rice production among farmers at MADA is still at a moderate level generally. Therefore, self initiative, continuous trainings and effective technology transfer programs are needed by farmers for an impactful technology adoption.

Abstrak
Jaminan bekalan makanan, produktiviti dan peningkatan dalam kemahiran amalan ladang menjadi fokus utama Rancangan Malaysia Ke-11, khususnya dalam pengeluaran padi. Pada tahun 2016, MADA memberi penumpuan terhadap peningkatan hasil padi kepada 7.0 tan/ha seperti yang dinyatakan dalam Kempen Pematuhan Amalan Agronomi atau ‘Rice Check’. Kemajuan teknologi penanaman dan penggunaan aplikasi Internet of Things (IoT) merupakan agenda utama untuk meningkatkan produktiviti padi. Oleh itu, MARDI membangunkan teknologi berkaitan dan dipindahkan kepada petani di kawasan jelapang MADA untuk meningkatkan pengeluaran padi serta meningkatkan pendapatan petani. Kajian dijalankan di kalangan 63 petani dan 10 usahawan atau penyedia perkhidmatan untuk menilai amalan penggunaan teknologi yang diamalkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP). Hasilnya, kebanyakan teknologi yang diterima pakai di kalangan petani diikuti dan di tahap yang terbaik untuk semua aktiviti, namun jurang antara yang terbaik dan yang paling rendah adalah agak besar terutamanya dalam penyediaan tanah, pengurusan benih dan pengurusan perosak dan penyakit. Justeru, jurang perbezaan amalan teknologi dalam pengeluaran padi di kalangan petani di MADA masih pada tahap sederhana secara purata. Oleh itu, inisiatif sendiri, latihan yang lebih baik dan program pemindahan teknologi yang berkesan diperlukan oleh petani untuk penggunaan teknologi yang memberi kesan dalam pengeluaran padi dan meningkatkan pendapatan petani

X

Right Click

Not allowed