Print
Hits: 0

Abstract
Rice is a staple food in Malaysia, with parboiled rice emerging as a notable option due to its unique processing and potential health benefits. Despite the growing demand for parboiled rice due to its health benefits, limited research exists on the sociological factors shaping its acceptance among Malaysian consumers. This study addresses this gap by exploring health perceptions, family health considerations, and cultural influences. The study employed thematic analysis to examine data collected from 27 participants who had taken part in MARDI’s parboiled rice taste-testing sessions. Face-to-face interviews with a semi-structured format were conducted, and NVivo 14 software was utilised for data coding and theme identification. The analysis identified twenty factors, which were categorised into five primary themes: ‘Health and Nutrition,’ ‘Illness and Family Health,’ ‘Family Influence and Tradition,’ ‘Distinct Characteristics and Quality,’ and ‘External Recommendations and Reputation.’ Among these, ‘Health and Nutrition’ and ‘Illness and Family Health’ emerged as the most prominent themes. The findings reveal a predominantly positive perception of parboiled rice due to its health benefits, such as a lower glycemic index and higher nutrient retention. However, some participants highlighted challenges, including its less appealing taste and higher price. Health concerns, both personal and related to family conditions, were significant motivators for choosing parboiled rice. Cultural traditions and family practices also influenced dietary preferences. The study concludes that health awareness plays a pivotal role in the acceptance of parboiled rice. The findings emphasise the importance of healthrelated motivations in food choices and offer insights for policymakers, health professionals, and marketers in promoting healthier dietary options.

Abstrak
Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia dengan beras rebus (parboiled rice) muncul sebagai pilihan yang semakin mendapat perhatian kerana kaedah pemprosesannya yang unik serta potensi manfaat kesihatannya. Walaupun permintaan terhadap beras rebus semakin meningkat kerana manfaat kesihatannya, kajian mengenai faktor sosiologi yang mempengaruhi penerimaannya dalam kalangan pengguna di Malaysia masih terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang tersebut dengan meneroka persepsi terhadap kesihatan, pertimbangan kesihatan keluarga dan pengaruh budaya. Dengan pendekatan kualitatif, kajian ini menggunakan analisis tematik untuk meneliti data yang dikumpulkan daripada 27 peserta yang mengambil bahagian dalam sesi uji rasa beras rebus yang dianjurkan oleh MARDI. Temu bual secara bersemuka menggunakan format separa berstruktur telah dijalankan dan perisian NVivo 14 digunakan untuk pengekodan data dan pengenalpastian tema. Analisis mendapati terdapat dua puluh faktor yang dikategorikan kepada lima tema utama: ‘Kesihatan dan Pemakanan,’ ‘Penyakit dan Kesihatan Keluarga,’ ‘Pengaruh Keluarga dan Tradisi,’ ‘Ciri dan Kualiti yang Unik,’ serta ‘Rekomendasi dan Reputasi Luaran.’ Antara tema-tema ini, ‘Kesihatan dan Pemakanan’ serta ‘Penyakit dan Kesihatan Keluarga’ muncul sebagai tema yang paling menonjol. Penemuan menunjukkan  persepsi positif terhadap beras rebus kerana manfaat kesihatannya seperti indeks glisemik yang lebih rendah dan kandungan nutrien yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, beberapa peserta menyatakan cabaran seperti rasa yang kurang menarik dan harga yang lebih tinggi. Keprihatinan terhadap kesihatan, sama ada secara peribadi atau berkaitan dengan keluarga, menjadi pendorong utama dalam memilih beras rebus. Tradisi budaya dan amalan keluarga turut mempengaruhi pilihan Kajian ini menyimpulkan bahawa kesedaran tentang kesihatan memainkan peranan penting dalam penerimaan nasi pra-masak. Penemuan ini menekankan kepentingan motivasi berkaitan kesihatan dalam pemilihan makanan dan menawarkan pandangan kepada pembuat dasar, profesional kesihatan dan pemasar dalam mempromosikan pilihan pemakanan yang lebih sihat.

X

Right Click

Not allowed