Print

Food and livelihood security of the Malaysian paddy farmers
(Bekalan makanan dan jaminan kesejahteraan hidup di kalangan petani padi di Malaysia)
Mohd Rashid Rabu* and Mohd Dainuri Mohd Shah*
Keywords: livelihood food security, paddy farmers, household income

Abstract
The National Food Security Policy aims to increase the National Self Sufficiency Level (SSL) of domestic rice production from 70% in 2010 to 85% by 2015. This will reduce the importation of rice from 30% to 15% by 2015. Malaysia needs to produce around 2.5 million metric tonnes of paddy annually. There are about 300,000 farmers involved in paddy production of which almost 30% are full time farmers. They are the backbone of the industry and determinant of the national food security target. Despite achieving the national food security agenda, it is important to understand the status of the paddy farmers’ livelihood, especially their socioeconomic status in relation to their ability to achieve their minimum living expenditures. This study investigated the farmers’ livelihood status, which was indicated by their monthly households’ income and expenditure compared to national households income and expenditures level. This study revealed that the farmers’ monthly household income in three granary areas were higher than the national poverty income level, but lower than the national households’ income level. The income from paddy activities was not sufficient to support the household monthly expenditure of farmers in Projek Barat Laut Selangor (PBLS) and Muda Agriculture Development Authority (MADA) as they had to get support from other sources of income. On the other hand, the income from paddy activities was sufficient to support household livelihood for farmers in Kemubu Agriculture Development Authority (KADA). The living cost in KADA was relatively low compared to that in PBLS and MADA.

Abstrak
Dasar Jaminan Makanan Negara menyasarkan untuk meningkatkan tahap sara diri pengeluaran beras negara daripada 70% pada tahun 2010 kepada 85% menjelang tahun 2015. Ini dijangka akan dapat mengurangkan import beras negara daripada 30% kepada 15% menjelang tahun 2015. Untuk mencapai sasaran berkenaan, Malaysia perlu mengeluarkan sejumlah 2.50 juta tan metrik padi setahun. Kini terdapat hampir sejumlah 300,000 petani padi dan 40% daripadanya ialah petani padi sepenuh masa. Mereka merupakan tulang belakang bagi mencapai sasaran jaminan bekalan makanan negara. Di sebalik langkah untuk mencapai sasaran jaminan bekalan makanan negara, status tahap sara diri petani padi dan hubungannya dengan kedudukan sosioekonomi dan keupayaan petani untuk mencapai perbelanjaan seimbang isi rumah melalui aktiviti utama ekonomi perlu dikenal pasti. Kajian ini mengkaji status tahap sara diri petani melalui petunjuk pendapatan bulanan isi rumah dan perbelanjaan bulanan isi rumah berbanding dengan pendapatan dan perbelanjaan bulanan isi rumah kebangsaan. Kajian mendapati pendapatan bulanan isi rumah petani di tiga kawasan jelapang padi utama negara iaitu Projek Barat Laut Selangor (PBLS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) melebihi aras kemiskinan negara, namun bawah aras pendapatan bulanan isi rumah kebangsaan. Pendapatan daripada aktiviti penanaman padi tidak dapat menampung keperluan perbelanjaan bulanan isi rumah petani di kawasan PBLS dan MADA. Namun begitu, petani padi di kawasan KADA berada dalam keadaan lebih selesa kerana pendapatan daripada aktiviti penanaman padi mampu menampung keperluan perbelanjaan bulanan isi rumah. Kos sara hidup di kawasan KADA secara relatifnya lebih rendah berbanding dengan dua kawasan lain. Petani di PBLS dan MADA memerlukan pendapatan tambahan daripada aktiviti bukan padi. KADA menyediakan ruang kehidupan yang lebih selesa kepada petani dari segi pendapatan dan perbelanjaan sara hidup. Selain itu, kos pengeluaran yang rendah menjadikan kawasan KADA berpontensi dibangunkan secara lebih intensif sebagai sumber bekalan beras Negara.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above