150091
TodayToday142
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week653
This_MonthThis_Month1921

Functional food business potential analysis in Malaysia, Thailand, Indonesia and The Philippines
(Analisis potensi perniagaan bagi makanan fungsian di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina)

Abstract

Modern lifestyle and rapid growth of the fast food service industry has led to changes in eating habits of Malaysians and indirectly causing an increase of chronic diseases. Recognising this problem, various activities have been undertaken to raise awareness and change the lifestyle of the people to be more active so that such diseases can be prevented and controlled. At the same time, production of healthy and functional food begin to grow in demand in accordance to the increase in healthcare awareness among Malaysians as well as the rising costs of medical treatment. Hence, this study examines the comprehensive information about functional food and intends to show the business potential of the functional food industry. The analyses conducted on data collected are trend analysis, Compound Annual Growth Rate (CAGR) and the Boston Consulting Group (BCG) Matrix, also known as the Boston matrix. Results demonstrate that each country has a different functional product market. In Thailand and Indonesia, dairy based functional products have a high potential to generate high profit and require lesser need of further investments. Meanwhile in the Philippines, soft drinks, functional beverages and dairy functional products can generate sufficient cash return and able to operate using their own sources of funding. However, it requires a large amount of new investment to meet market demand. For Malaysia, functional beverage segment were identified as the main focus of functional food. It has a consistently high growth rate every year and a large market share. Therefore, it is highly potential to be developed further.


Abstrak

Gaya hidup moden dan pertumbuhan pesat industri makanan segera telah membawa perubahan dalam tabiat pemakanan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung menyebabkan peningkatan penyakit kronik. Menyedari masalah ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup rakyat Malaysia supaya menjadi lebih aktif untuk mencegah dan mengawal penyakit kronik. Pada masa yang sama, pengeluaran makanan yang sihat dan berfungsi mula berkembang selari dengan peningkatan dalam kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia serta peningkatan kos rawatan perubatan. Justeru, kajian ini mengumpulkan maklumat yang komprehensif mengenai makanan berfungsi dan juga menilai potensi perniagaan industri makanan berfungsi. Analisis yang dijalankan ke atas data yang dikumpulkan adalah analisis trend, Kadar Kompaun Pertumbuhan Tahunan (CAGR) dan Boston Consulting Group (BCG) Matrix, juga dikenali sebagai Matriks Boston. Keputusan menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai pasaran produk berfungsi yang berbeza. Di Thailand dan Indonesia, produk fungsian berasaskan tenusu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjana keuntungan dan memerlukan pelaburan selanjutnya yang lebih rendah. Sementara itu di Filipina, minuman ringan, minuman berfungsi dan produk tenusu berfungsi boleh menjana pulangan tunai yang mencukupi dan mampu beroperasi menggunakan sumber-sumber dana mereka sendiri. Walau bagaimanapun, ia memerlukan sejumlah besar pelaburan baru untuk memenuhi permintaan pasaran. Di Malaysia, segmen minuman berfungsi telah dikenal pasti sebagai fokus utama makanan berfungsi. Ia mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi secara konsisten setiap tahun dan bahagian syer pasaran yang besar. Oleh itu, ia mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan.

X

Right Click

Not allowed