193478
TodayToday21
YesterdayYesterday185
This_WeekThis_Week1074
This_MonthThis_Month4639

Abstract
The seaweed industry in Sabah is considered as one of the high-impact industries that could improve the fisheries and aquaculture resources of the country. This is a preliminary study on seaweed farming which focused on determining the relationship between cultural practice and yield harvested. Data were collected from personal interview with 30 seaweed farmers from seven villages around Pulau Bum-Bum and Pulau Kerindingan in the Semporna district of Sabah. The study revealed that production varies depending on cultivation area, number of rawai being used, number of days per cycle and number of cultivation cycle per year. The cycle’s period and the number of cycles cultivated per year determined the status of the seaweed farming activity whether it is a part time or full time job. The full time activity consists of 5 or 6 cultivation cycles per year with cycle’s period between 45 and 60 days. The suitable period per cycle was 60 days. During this period of 60 days, seedling will be fully grown to produce high yield. This study provides basic first hand information on seaweed cultivation practice in Sabah.

 

Abstrak
Industri rumpai laut di Sabah ialah industri berimpak tinggi yang mampu meningkatkan sumber hasil perikanan dan akuakultur negara. Kajian ini merupakan kajian asas pengenalan kepada penternakan rumpai laut di Sabah.Tumpuan kajian adalah untuk melaporkan amalan semasa penternakan rumpai laut dan untuk menentukan anggaran hasil berdasarkan amalan penternakan.Data dikumpul melalui temu bual bersemuka dengan 30 orang penternak rumpai laut dari tujuh buah kampung sekitar Pulau Bum-Bum dan Pulau Kerindingan di daerah Semporna, Sabah. Persampelan mudah telah digunakan dalam pemilihan responden. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi hasil bergantung kepada keluasan kawasan menternak, bilangan rawai yang digunakan, bilangan hari sepusingan dan jumlah pusingan yang setahun. Tempoh hari sepusingan dan bilangan pusingan yang diamalkan oleh penternak menentukan sama ada aktiviti penternakan dilakukan secara sepenuh masa ataupun secara sambilan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa aktiviti penternakan sepenuh masa memerlukan 5 atau 6 pusingan dengan tempoh satu pusingan berjumlah 60 hari. Tempoh 60 hari dirumuskan sebagai tempoh yang optimum untuk tumbesaran rumpai laut tanpa rawatan tambahan dalam memberikan kuantiti hasil yang relatif tinggi. Kajian ini memberikan panduan dan maklumat berkaitan amalan penternakan yang sesuai dalam menjamin pengeluaran hasil optimum bagi industri rumpai laut di Sabah.

X

Right Click

Not allowed