150663
TodayToday62
YesterdayYesterday113
This_WeekThis_Week267
This_MonthThis_Month2493

Penilaian amalan pakej manual penanaman keledek dan khidmat nasihat MARDI di kalangan penanam VitAto di Malaysia
(Assessment of manual package sweetpotato practices and MARDI advisory among VitAto growers in Malaysia)
Hairuddin Mohd Amir* dan Asruldin Ahmad Sobri*
Kata kunci: keledek VitAto, khidmat nasihat, pakej manual penanaman keledek

Abstrak
Penggunaan amalan pakej manual penanaman keledek (PMPK) yang telah disyorkan oleh MARDI bertujuan untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil ladang petani melalui penggunaan teknik yang tepat. Seramai 62 orang responden yang terdiri daripada petani yang menanam ubi keledek varieti VitAto telah ditemu duga menggunakan pensampelan rawak untuk menilai kesan amalan PMPK dan kesan penerimaan khidmat nasihat yang telah diberikan oleh MARDI. Hasil kajian mendapati majoriti (63%) petani yang mengamalkan PMPK pada tahap yang tinggi ialah penerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada MARDI (83%). Kumpulan petani ini memperoleh hasil ladang lebih 28 tan semusim. Sebahagian lagi (37%) petani yang mengamalkan PMPK di tahap sederhana dan rendah memperoleh hasil ladang yang lebih rendah. Kajian menunjukkan hasil ladang boleh ditingkatkan jika petani mengamalkan teknik PMPK pada tahap tinggi seperti yang disyorkan oleh MARDI. Oleh itu dicadangkan supaya kefahaman dan kesedaran petani ditingkatkan melalui penambahbaikan program khidmat nasihat seperti teknik kefahaman, penyaluran bahan maklumat, latihan dan bimbingan.

Abstract
The use of the sweetpotato cultivation practice manual package (PMPK) recommended by MARDI is intended to help farmers increase their farm production by using the correct technique. A total of 62 respondents of VitAto sweetpotato growers were interviewed using random sampling to assess the impact of PMPK practice and the response to advice programme (KM) given by MARDI. The study showed that majority (63%) of farmers who practised PMPK at high level were also the recipients of MARDI advice and guidance (83%). This group of farmers earned more than 28 tonnes of farm yields per season, while the other group of farmers (37%) who practised PMPK at a moderate and low level obtained lower farm yield. The study showed that farm yield can be increased if farmers adopt the PMPK techniques at a high level as recommended by MARDI. Therefore, to increase the understanding and awareness of farmers, the KM programme has to be improved through understanding technique, dissemination of information materials, training and guidance.

X

Right Click

Not allowed