Print

Keberkesanan pemulihan koloni kelulut lemah oleh penternak Malaysia
(The effectiveness of weakened colony rehabilitation among Malaysian meliponiculturers)

Izatul Lail Mohd Yasar*, Mohd Hafizudin Zakaria**, Teoh Chin Chuang***, Rozi Nor Haizan Nor**** dan Nur Azura Adam*****
Kata penunjuk: pemulihan, kelulut, koloni lemah, penternakan kelulut, meliponikultur

Abstrak

Penternakan lebah kelulut merupakan fenomena baru di Malaysia. Setakat ini, penyelidikan berkenaan keberkesanan pemulihan koloni kelulut lemah oleh penternak kurang dilakukan. Kajian ini mengkaji keberkesanan pemulihan koloni kelulut lemah oleh penternak Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah temu ramah secara dalam talian dengan 32 penternak kelulut di Malaysia. Hasil kajian mendapati sebanyak 69% koloni lemah gagal dipulihkan, 25% koloni Berjaya dipulihkan dan bakinya 6% koloni lemah sedang dalam proses pemulihan. Kesimpulannya, tahap keberkesanan pemulihan koloni kelulut lemah oleh penternak di Malaysia pada tahap tidak memuaskan dengan hanya 25% sahaja koloni berjaya dipulihkan. Disarankan agar para penternak dibantu menghadapi masalah yang timbul untuk meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan ini serta mencegah daripada koloni menjadi lemah.

Abstract

Stingless bee keeping (meliponiculture) is a new and recent phenomenon in Malaysia. There is not much research done as yet to determine the effectiveness of weakened nests rehabilitation. This study was to review the effectiveness of treatment and rehabilitation of the weakened colonies and nests among Malaysian meliponiculturers. The methodology used was an online interview with 32 selected meliponiculturers in Malaysia. Approximately 69% of the weakened colonies failed to be rehabilitated, 25% recovered upon rehabilitation, while the remaining 6% still in the process of recovering. This study concluded that the effectiveness of rehabilitating the weakened colonies is still unsatisfactory, with only 25% showing recovery. Therefore it is necessary to provide an effective assistance to the meliponiculturers in overcoming the various problems before total nests abandonment and/or death of the colonies.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above