Print

Daya saing industri rumpai laut di Filipina melalui kajian kumpulan fokus
(Competitiveness of the Philippines seaweed industry through the focus group discussion study)
Nur Fazliana Md Noh*, Nor Azlina Saari* dan Rashilah Mohamad**
Kata penunjuk: rumpai laut, Filipina, daya saing

Abstrak

Satu kajian kumpulan fokus telah diadakan di Filipina dengan tujuan menilai daya saing industri rumpai laut Filipina. Filipina merupakan pengeluar dan pengeksport utama rumpai laut dan karagenan dunia. Negara Filipina terdiri daripada beberapa ribu pulau yang membentuk tiga kepulauan utama iaitu Luzon, Visayas dan Mindanao lalu membentuk pesisir pantai berjumlah 36,289 km yang sesuai untuk rumpai laut. Purata pertumbuhan tahunan rumpai laut ialah 2.72% dengan daya saing mengikut indeks Revealed Comparative Advantage (RCA) bernilai 11.46 pada tahun 2013. Bilangan penternakan bagi setahun ialah empat pusingan dan anggaran produktiviti ialah 12 tan metrik rumpai laut kering sehektar setahun. Berdasarkan harga jualan rumpai laut kering RM 3.42/kg, kos pengeluaran kering rumpai laut ialah RM0.39/kg.

Abstract

A focus group study was undertaken in the Philippines to determine the competitiveness of the seaweed industry of the country. The Philippines is a major producer and exporter of seaweed and carrageenan in the world. The country comprises many islands which can be grouped into three major islands i.e. Luzon, Visayas dan Mindanao with coastal area of 36,289 km long. These coastal areas are suitable for seaweed cultivation. The seaweed annual average growth was 2.72% and the Revealed Comparative Advantage (RCA) was 11.46 in 2013. The average cultivation cycle per year was four times and the productivity was 12 metric tonnes per hectare per year. Based on selling price of RM3.42, the production cost of dried seaweed was RM0.39/kg.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above