Print

Intellectual property management and commercialisation of agricultural research: A case of MARDI
(Pengurusan harta intelek dan pengkomersialan penyelidikan pertanian: Satu kajian kes MARDI)

Abstract
Agriculture continues to represent an important source of income for Malaysia.The government provides majority of the funding for agricultural research and development (R&D). The relatively high and increasing R&D investment in Malaysia has strengthened its agricultural productivity, particularly in terms of the country’s major export commodities. The country’s main public agricultural R&D agency is the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), where more than a quarter of national agricultural research is invested here. The country’s commodity-based research agencies are namely the Malaysian Palm Oil Board (MPOB), the Malaysian Cocoa Board (MCB), and the Malaysian Rubber Board (MRB). These three agencies’ research investment focus mainly on high value export crops and other related commodity-based resources.Investment in R&D will fully benefit from strong intellectual property (IP) and commercialisation regimes. Similarly, it will also propel more R&D investment. Meanwhile, the main purpose of the National Intellectual Policy of Malaysia is to harness IP as a new engine of growth for the enhancement of economic and social prosperity. The focus on the development of proficient IP management capabilities covers the whole IP chain activities from creation to protection with support of good infrastructure for IP transaction, protection of National IP interests at the same time it promote foreign investment and technology transfer to ensure IP as a stimulant for innovation. Thus, to ensure the relevancy in the mainstream of national invention and innovation arena, MARDI has proactively strengthened her in-house IP management portfolio. This paper aims to share an overview of agriculture research investment in Malaysia, MARDI’s IP and commercialisation management, focusing on managing the R&D&C as well as innovation effectively, thus stimulating and fostering technology transfer. It also provides an overview of operational approaches, success stories as well as issues and challenges in IP management and commercialisation in the context of MARDI.

Abstrak
Pertanian terus menjadi sumber ekonomi penting bagi Malaysia. Majoriti pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian masih ditanggung oleh kerajaan. Pelaburan R&D yang agak tinggi di Malaysia telah mengukuhkan produktiviti pertanian terutamanya kepada eksport utama negara. Institusi penyelidikan pertanian awam utama negara iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), diperuntukkan lebih daripada satu perempat dana penyelidikan pertanian. Di samping itu, terdapat juga institusi penyelidikan awam berasaskan komoditi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM). Pelaburan dana penyelidikan ketiga-tiga agensi tersebut tertumpu kepada tanaman eksport yang bernilai tinggi. Pelaburan dalam R&D mendapat manfaat sepenuhnya daripada perlindungan harta intelek (IP) dan pengkomersilan, seterusnya mendorong lebih banyak pelaburan dalam R&D. Ini sejajar dengan matlamat utama Dasar Harta Intelek Negara iaitu memanfaatkan IP sebagai enjin pertumbuhan baru dengan tujuan meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial. Tumpuan utama pembangunan keupayaan dan kemahiran pengurusan IP meliputi keseluruhan aktiviti rantaian nilai daripada peringkat reka cipta kepada perlindungan. Disokong oleh infrastruktur IP yang baik sekali gus dapat menyediakan perlindungan kepada kepentingan negara. Ini akan menggalakkan pelaburan asing dan pemindahan teknologi serta dapat memastikan IP sebagai perangsang untuk inovasi. Oleh itu, untuk memastikan kesesuaian dan kemampanannya dalam arus perdana bagi arena reka cipta dan inovasi, MARDI secara proaktif telah mengukuhkan portfolio dalaman untuk pengurusan IP. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai gambaran keseluruhan pelaburan penyelidikan pertanian di Malaysia, pengurusan IP dan pengkomersilan teknologi MARDI. Tumpuan juga diberi kepada keberkesanan pengurusan penyelidikan dan inovasi yang dapat merangsang dan memupuk pemindahan teknologi dengan lebih baik. Selain itu, artikel ini juga memberikan maklumat umum berkaitan pendekatan operasi, kisah-kisah kejayaan
serta isu-isu dan cabaran dalam pengurusan IP dan pengkomersilan teknologi dalam konteks MARDI.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above