Print

Analisis deskriptif penilaian pengguna portal Pusat Ilmu (e-Perpustakaan) MARDI
[User ratings descriptive analysis towards Knowledge Centre portal (e-Library) MARDI]

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai kepuasan hati pengguna terhadap perkhidmatan serta sumber maklumat elektronik yang ditawarkan oleh portal Pusat Ilmu (e-Perpustakaan). Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 151 responden yang menghadiri Hari Inovasi MARDI 2015, tetapi hanya 101 maklum balas lengkap diguna pakai dalam perbincangan kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk memaparkan kekerapan dan peratus bagi melihat latar belakang responden serta maklum balas yang diberikan. Majoriti responden pernah mengakses e-Perpustakaan dan berpuas hati tentang reka bentuk e-Perpustakaan sedia ada. Responden kerap menggunakan dua perkhidmatan yang ditawarkan iaitu Katalog Akses Awam Dalam Talian (OPAC) dan pangkalan data atas talian bagi tujuan penyelidikan dan penulisan. Responden yakin bahawa input yang diperoleh sangat membantu dalam bidang tugas yang dijalankan. E-mel perkongsian ilmu dan maklumat yang dihantar secara rutin oleh pegawai Pusat Ilmu juga memberi impak yang besar dalam bidang tugas penyelidikan para responden. Responden juga yakin e-Perpustakaan sangat membantu dalam penyimpanan dan perkongsian maklumat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sumber maklumat elektronik ini masih kurang memenuhi keperluan penyelidikan minoriti responden. Oleh hal yang demikian, kajian turut mencadangkan beberapa penambahbaikan dari segi perkhidmatan agar responden boleh memanfaatkan input yang diperoleh secara optimum.

Abstract

This study was conducted to evaluate user satisfaction against services and electronic information resources offered by the Pusat Ilmu portal (e-Library). Questionnaires were distributed randomly to 151 respondents who attended Hari Inovasi MARDI 2015, however only 101 completed questionnaires were adopted in this study. Descriptive analysis was used to display the frequency and percentage of the respondent’s background and feedback given. The majority of respondents had access to the e-Library and were satisfied with the design of the existing portal. Respondents often used two services offered by the e-Library which are Online Public Access Catalog (OPAC) and online databases for their research and writing purposes. Respondents believe that the inputs they obtained were very helpful in their research. Knowledge sharing through e-mail that were regularly sent by the staff of Pusat Ilmu also made a significant impact in their research. e-Library was also very helpful in storing and sharing of information. However, there are still several causes that lead to the weaknesses in research studies among a small group of respondents. The study also suggested a number of improvements in terms of services so that the respondents can fully utilise the resources provided by the e-Library.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above