194730
TodayToday11
YesterdayYesterday396
This_WeekThis_Week1054
This_MonthThis_Month5891

The consumers’ preference for durian in Malaysia

A study on consumers’ preference involving 1,098 respondents was conducted in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. This study analysed the characteristic of durian preferred and the potential outlook of the durian industry. The results of this study revealed that the consumption of durian among Malaysians comprised 96% of the total respondents. However, this study also showed that durian consumption among Malaysians has marginally declined by about 3% for the past 11 years (1993–2004). During that period, the fruits purchased and the frequency of purchasing were reduced by nearly 30%. The main consumers of durian are adults between 21 and 50 years old. The consumers preferred to purchase durian from the open space outlets such as night markets and road-side stalls as compared to supermarkets. For respondents over 21 years old, they preferred durian kampung more than clonal durian. While the respondents below 20 years old, they preferred the durian kampung as well as the clonal durian. The main characteristics of durian preferred by consumers are medium to large, egg-shaped, dark green with yellowish skin and have a strong and sweet smell. The consumers also preferred thick flesh with golden or yellowish in colour and sweet in taste. Respondents that did not consume durian were mainly those below 20 or adults above 50 years of age. The main reasons for not consuming durian were its bad odour or for health reasons, especially diabetes. In addition, the parents’ consumption behaviour also influences the consumption of durian among teenagers. To overcome the saturated demand from the domestic market, Malaysia needs to aggressively explore export markets, including to distanced developed countries with high Asian ethnic population. Hence, continuous improvement in postharvest and storage technologies might be the key to ensure successful diversification of export markets for Malaysian durian. The durian industry has the potential to develop further in Malaysia and contributes towards the Malaysian economy.

 

 

Kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia

Kajian kecenderungan makan durian yang melibatkan 1,098 responden telah dijalankan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kajian ini bertujuan mendapat maklumat pengguna terhadap ciri-ciri durian yang digemari dan meninjau prospek industri durian negara. Hasil kajian ini mendapati 96% responden makan durian. Penemuan ini menunjukkan terdapat penurunan sebanyak 3% terhadap kecenderungan makan durian di kalangan penduduk Malaysia dalam tempoh 11 tahun (1993–2004). Dalam tempoh tersebut, terdapat pengurangan bilangan buah yang dibeli dan kekerapan pembelian durian sebanyak lebih kurang 30%. Kumpulan utama penduduk yang makan durian ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 50 tahun. Tumpuan utama tempat pembelian durian adalah di pasar terbuka seperti pasar malam dan gerai tepi jalan. Varieti durian yang menjadi pilihan utama responden dewasa melebihi 21 tahun ialah durian kampung, manakala responden remaja di bawah umur 20 tahun menyukai durian kampung dan durian klon. Ciri-ciri buah yang disukai oleh pembeli ialah bersaiz sederhana dan besar, berbentuk bulat bujur dan panjang, berwarna hijau tua kekuningan dan berbau kuat. Pembeli juga lebih gemar buah yang mempunyai isi yang tebal, berwarna kuning keemasan atau kuning tembaga, serta berasa lemak manis. Manakala bagi responden yang tidak makan durian pula, mereka terdiri daripada remaja berumur di bawah 20 tahun atau mereka yang berusia melebihi 50 tahun. Faktor utama yang mendorong mereka tidak makan durian ialah bau yang kuat dan kemerosotan kesihatan, khususnya diabetes. Selain itu, faktor ibu bapa memainkan peranan utama yang boleh mendorong remaja makan durian. Untuk mengatasi pasaran domestik yang tepu, Malaysia perlu mengeksploitasi pasaran global termasuk di negara maju yang mempunyai ramai penduduk berketurunan Asia. Pembangunan teknologi lepas tuai dan penyimpanansecara berterusan adalah penting bagi memastikan matlamat ini dicapai. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati industri durian masih mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan dan menyumbang kepada ekonomi negara.

 
X

Right Click

Not allowed