Print

Household food wastage prevention in Malaysia: An Issue Processes
Model perspective
(Pencegahan pembaziran makanan bagi isi rumah di Malaysia: Perspektif Model
Proses Isu)

 

Food waste has been a worldwide concern for several decades, but this problem is relatively new in Malaysia context due to increasing amount of food waste in recent years. A total amount of 3,000 tonnes edible food that is still good to consume has been dumped in landfills everyday in Malaysia. Thus, the goal of the study is to provide basic information of knowledge and involvement level and their interaction in food waste prevention among households in Malaysia. This study seeks to further mass communication research in the area of food waste prevention. The Hallahan’s Issues Processes Model was used in this study to determine the relationship between knowledge, involvement and food waste prevention behaviour. The convenience sampling method was adopted and the surveys were conducted using the online survey tool, Qualtric. A total of 1,047 respondents was involved in this study. The results supported the hypotheses that the level of knowledge has a positive impact on food waste prevention behaviour only if the households’ involvement is high and vice versa. According to this model, Malaysian households fall under the category of an active public, because they recognize the negative consequences and their acceptance that food waste prevention is personally relevant in their daily life. Overall, in term of food wastage prevention relationship, knowledge regarding household food waste has a significant correlation with food waste prevention behaviour (β = .330, t =3.538, p = .000)

Abstrak

Sisa makanan telah menjadi kebimbangan di seluruh dunia selama beberapa dekad, tetapi masalah ini masih baharu di Malaysia disebabkan peningkatan jumlah sisa makanan sejak kebelakangan ini. Sebanyak 3,000 tan makanan yang masih elok dan boleh dimakan telah dibuang di tapak pelupusan setiap hari di Malaysia. Oleh itu, matlamat kajian ini adalah untuk menyediakan maklumat asas pengetahuan dan tahap penglibatan serta interaksi dalam pencegahan sisa makanan di kalangan isi rumah di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melanjutkan penyelidikan komunikasi massa dalam aspek pencegahan sisa makanan. Model Proses Terbitan Hallahan telah digunakan dalam kajian ini untuk menentukan hubungan antara pengetahuan, penglibatan dan tingkah laku pencegahan sisa makanan. Kaedah pensampelan mudah digunakan dan kaji selidik dijalankan menggunakan alat ukur dalam talian iaitu Qualtric. Seramai 1,047 responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian telah menyokong hipotesis bahawa tahap pengetahuan mempunyai kesan positif terhadap tingkah laku pencegahan sisa makanan hanya jika penglibatan isi rumah adalah tinggi dan sebaliknya. Menurut model ini, isi rumah Malaysia berada bawah kategori orang awam yang aktif, kerana mereka mengakui akibat negatif dan penerimaan mereka bahawa pencegahan sisa makanan secara peribadi relevan dalam kehidupan seharian mereka. Secara keseluruhan, dari segi hubungan pencegahan pembaziran makanan, pengetahuan mengenai sisa makanan isi rumah mempunyai korelasi yang signifikan dengan tingkah laku pencegahan sisa makanan (β = .330, t =3.538, p = .000)

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above