194646
TodayToday323
YesterdayYesterday214
This_WeekThis_Week970
This_MonthThis_Month5807

Model logik kabur sebagai alternatif untuk pemilihan usahawan
(Fuzzy logic model as an alternative for entrepreneur selection)
Mohd Fadil Mohd Yunus*, Aslinah Lee Nyuk Fong*, Azmi Abd Razak*, Mohd Hairy Azwan Mohd Bakhtiar** dan Yaseer Suhaimi Mohd***
Kata penunjuk: model logik kabur, penilaian pemilihan usahawan

Abstrak
Penggunaan model logik kabur dalam pemilihan usahawan merupakan salah satu alternatif dalam menentukan pemilihan usahawan yang mampan dan produktif. Melalui beberapa pendekatan dan pelaksanaan tersendiri, MARDI telah melahirkan kumpulan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), petani dan penternak yang berdaya saing bagi menjayakan misi dan visi pertanian negara. Kajian ini memfokuskan penggunaan model logik kabur dalam pemilihan usahawan PKS dengan 10 input parameter yang ditetapkan, iaitu dari sudut nilai jualan tahunan, pengurusan dan pembangunan syarikat. Melalui model logik kabur, satu nilai linguistik dan cara penilaian digunakan dengan data premier yang dikumpul daripada 70 responden usahawan sokongan dan usahawan bimbingan MARDI di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kajian mendapati 90% usahawan berada di tahap baik dari aspek pengurusan syarikat, manakala lebih 81% di tahap yang aktif dalam aspek pembangunan syarikat. Ini menunjukkan potensi usahawan yang dinilai melalui kaedah model ini adalah seimbang dengan nilai plot penyusutan, output = 1.1*Target + 0.15, (pekali korelasi, R = 0.988) dengan aplikasi MATLAB. Penilaian yang dibuat adalah bersesuaian dengan 27 asas peraturan model (Peraturan JIKA….MAKA) yang telah dihasilkan.

 

Abstract
Fuzzy logic model is one of the potential alternatives for selecting productive and sustainable entrepreneurs. Through a few approaches and implementations, MARDI has developed a group of competitive Small and Medium Entrepreneurs (SME’s) and farmers to successfully achieve the national agriculture mission and vision. This research focused on 10 parameters input which had been determined previously in fuzz logic model for selecting potential SME’s entrepreneurs. Through fuzzy logic model, one linguistic value and method of evaluation were being developed using primary data which was collected from 70 respondents from the one-off and MARDI’s Entrepreneurs throughout northern regions such as Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak. From the analysis outcome, 90% of the entrepreneurs were at the good level in terms of their company management skill while more than 81% were at the active level in terms of company development. This clearly showed that by evaluating an entrepreneur using this model, the regression plot value, output = 1.1*Target + 0.15, (coefficient of determination, R = 0.988) was in great balance with the MATLAB application. This study found that the evaluation had basically fulfilled the 27 rule-based model (IF…. THEN rules).

X

Right Click

Not allowed