150131
TodayToday182
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week693
This_MonthThis_Month1961

Issues and challenges of Clearfield® Paddy Production System among the paddy farmers in selected granary areas
(Isu dan cabaran Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® dalam kalangan petani padi di kawasan jelapang padi terpilih)

 

The Clearfield® Paddy Production System was launched in 2010 in view of the weedy rice problems which occurred in almost 10% of paddy fields in Malaysia. Declining yields is significantly linked to weedy rice problem in the Malaysian paddy and rice subsector, which subsequently affects the farmer’s income. This problem has led to the introduction of the Clearfield® Paddy Production System in 2010 to mitigate the weedy rice problem in the paddy fields which practices direct seeding method. However, the effect of continues using the system on the paddy cultivation and the farmers create another and serious probles. This study, therefore aims to investigate the issues and challenges of Clearfield® Paddy Production System among the paddy farmers in selected granary areas. A set of structured questionnaires were distributed to 241 respondents in four granary areas based on the stratified and random sampling techniques. Our findings revealed that 45% of respondents have been cultivating the Clearfield® Paddy Production System for seven consecutive seasons since its introduction across Peninsular Malaysia. In addition, farmers adopt various methods to minimize their production costs. The result of factor analysis indicated that, the main issue and challenges in the Clearfield® Production System are weedy rice recurs and become resistant to On DutyTM. Besides that, the price of the package is expensive and increase the farmers production cost. The issues related to increasing in weeds, pest and diseases are so important. Thus, a continuous monitoring mechanism is highly crucial to prevent other problems which will affect the country’s rice production in the long run. The Clearfield® Paddy Production System equally deserves serious attentios from various stakeholders e.g. government agencies and private firms.

Abstrak

Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® telah dilancarkan pada tahun 2010 untuk mengatasi masalah padi angin yang berlaku hampir 10% daripada sawah padi di Malaysia. Penurunan hasil padi secara signifikan dikaitkan dengan masalah padi angin dalam sektor padi dan beras di Malaysia yang seterusnya mempengaruhi pendapatan petani. Masalah ini telah membawa kepada pengenalan Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® untuk mengurangkan masalah padi angin di sawah yang mengamalkan kaedah tabur terus. Walau bagaimanapun, kesan berterusan penggunaan sistem ini oleh petani telah mewujudkan masalah lain yang serius. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® dalam kalangan petani padi di kawasan jelapang terpilih. Satu set soal selidik berstruktur telah diedarkan kepada 241 responden di empat kawasan jelapang berdasarkan teknik pensampelan berstrata dan rawak. Dapat kajian mendedahkan bahawa 45% responden telah menggunakan Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® selama tujuh musim berturut-turut sejak diperkenalkan di seluruh Semenanjung Malaysia. Di samping itu, petani turut mengamalkan pelbagai kaedah yang tidak mematuhi SOP untuk meminimumkan kos pengeluaran mereka. Hasil analisis faktor menunjukkan bahawa masalah utama dan cabaran dalam Sistem Pengeluaran Clearfield® adalah masalah padi angin kembali dan menjadi tahan terhadap racun On DutyTM. Selain itu, harga pakej adalah mahal dan meningkatkan kos pengeluaran petani. Isu yang berkaitan dengan peningkatan rumpai, perosak dan penyakit juga penting. Oleh itu, mekanisme pengawasan berterusan sangat penting untuk mencegah masalah ini daripada berlaku yang akan menjejaskan pengeluaran beras negara dalam jangka panjang. Sistem Pengeluaran Padi Clearfield® juga patut mendapat perhatian yang serius dari pelbagai pihak berkepentingan contohnya agensi kerajaan dan firma swasta.

X

Right Click

Not allowed