Print

Penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan

Sejumlah 1,970 pengguna produk perikanan telah ditemu bual menggunakan soal selidik berstruktur. Tempat-tempat tumpuan awam di bandar-bandar utama setiap negeri di Malaysia merupakan lokasi kajian. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti pola penggunaan dan kecenderungan pengguna terhadap produk perikanan. Produk kering/salai merupakan kategori produk yang paling popular di kalangan pengguna, diikuti produk fermentasi/awet, produk snek/keropok, produk ikan dalam tin, produk berasaskan surimi, produk sejuk beku/dingin dan produk konvenien. Ikan bilis kering, belacan, ikan masin kering, snek/keropok ikan/udang/sotong dan udang kering adalah lima jenis produk paling digemari, dengan lebih daripada 50% pengguna menggunakan produk-produk tersebut. Secara umum, arah aliran penggunaan produk perikanan di pasaran tempatan menunjukkan peningkatan. Pasar raya dan pasar raya besar merupakan premis peruncitan utama bagi pengguna memperoleh produk perikanan, diikuti oleh kedai runcit, pasar malam dan pasar tani. Dalam proses membuat keputusan pembelian, majoriti pengguna menyatakan bahawa faktor halal, kebersihan dan mutu produk adalah ‘sangat penting’, manakala faktor mudah diperoleh, jenama, sumber produk (tempatan atau import) dan harga dianggap sebagai ‘penting’. Sebahagian besar pengguna (62%) berpendapat bahawa mutu produk perikanan tempatan sama baik dengan produk import, manakala masing-masing 25% dan 13% beranggapan lebih rendah dan lebih berkualiti.

 

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above