194124
TodayToday15
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week448
This_MonthThis_Month5285

Price sensitivity analysis and factors influencing purchases of ornamental plants among local institutions

(Analisis sensitiviti harga dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian tanaman hiasan dalam kalangan institusi tempatan)

Abstract

The floriculture industry is considered a high-value industry. Ornamental plants are mostly used for landscaping, interior and outdoor decoration, generally aimed at creating aesthetic value. New native and exotic flower varieties were developed to meet consumers demand, either public or institutional consumers. The objective of this article is to explore the potential of the ornamental plant industry and its sensitivity towards price changes in the market. A survey using purposive sampling was conducted among institutional users consisting of municipalities, hotels, developers, government and private premises. Institutional consumers emphasized three aspects or key factors in making decisions on the selection and purchase of plants, which should be in accordance with the specifications and requirements of a company or institution, as well as easy to maintain. When there was more than one option that meets the criteria and specifications required, then price will be the determinant factor. Local institutions generally accept and were willing to pay the proposed price for the ornamental plants studied. Sensitivity to price changes was measured descriptively and can be seen through the average minimum and maximum price that was payable, which differed for each ornamental plant. The percentage increase or decrease mirroring their acceptance occurred when the price changes. Acceptance towards the price was highest for dendrobium horn-type orchid while the lowest acceptance was for the mini plant, Piper porphyrophyllum. Generally, all the plants were well accepted and can potentially be used in large scale by all institutional users, although findings indicated there was a tendency of higher usage potential in airports and municipalities for interior decoration and landscape beautification.

Abstrak

Industri florikultur adalah salah satu industri bernilai tinggi. Tanaman hiasan kebanyakannya digunakan untuk tujuan seni taman, hiasan dalaman dan luaran, umumnya bertujuan menghasilkan nilai estetika di persekitaran. Varieti asli dan eksotik baru telah dibangunkan bagi memenuhi permintaan pengguna, sama ada pengguna awam atau pengguna institusi. Objektif artikel ini adalah untuk menentukan potensi industri tanaman hiasan dan sensitivitinya terhadap perubahan harga di pasaran. Survei menggunakan pensampelan tertuju telah dijalankan dalam kalangan pengguna institusi yang terdiri daripada majlis perbandaran, rangkaian hotel, serta premis kerajaan dan swasta. Pengguna institusi menekankan tiga aspek atau faktor utama dalam membuat keputusan pemilihan dan pembelian tanaman untuk digunakan sebagai tanaman hiasan, landskap atau hiasan dalaman di premis masing-masing. Tanaman hiasan tersebut perlulah mengikut spesifikasi dan keperluan khusus sesebuah syarikat atau institusi dan mudah dijaga. Apabila terdapat lebih daripada satu pilihan tanaman yang menepati kriteria dan spesifikasi yang diperlukan, harga akan menjadi penentu. Pengguna institusi umumnya menerima dan sanggup membayar harga yang dicadangkan untuk tanaman hiasan yang dikaji. Sensitiviti terhadap perubahan harga diukur secara deskriptif dan dapat dilihat menerusi purata harga minimum dan harga maksimum yang sanggup dibayar, yang mana ia berbeza bagi setiap tanaman hiasan yang dikaji. Peratus peningkatan dan penurunan terhadap penerimaan berlaku apabila harga berubah. Penerimaan terhadap harga adalah tertinggi untuk orkid Dendrobium horn-type manakala penerimaan terendah adalah untuk tanaman hiasan mini Piper porphyrophyllum. Umumnya, tanaman hiasan yang dibangunkan dapat diterima dengan baik dan berpotensi digunakan oleh semua institusi, namun berdasarkan dapatan kajian terdapat kecenderungan yang menjurus kepada penggunaan di lapangan terbang dan majlis perbandaran untuk tujuan hiasan dalaman dan hiasan landskap.

 

X

Right Click

Not allowed