194121
TodayToday12
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week445
This_MonthThis_Month5282

Economic production of selected ornamental plants:Multispecies and Arundina orchid
(Ekonomi pengeluaran tanaman hiasan terpilih: Tanaman multispesies dan orkid Arundina)

Abstract
Floriculture planting in Malaysia experienced a new revolution when the floriculture industry listed it as a high-value crop that can benefit the national economy in the 10th Malaysia Plan (10MP). Thus, the horticulture centre in MARDI took the initiative to introduce a few new plants called Multispecies that were suitable for landscape planting and bloomed throughout the season like Arundina Orchid (lasting in hot weather) compared to ornamental plants. Costing data was collected at pre-commercial plots at Kuala Lumpur and Rawang to analyse the production cost and financial analysis. In addition, several interviews were conducted with staff who handled the commercialisation and technology generators to find out issues relating to commercialisation of MARDI-produced crops at the domestic level. Financial analysis showed that multispecies and Arundina orchid were viable with IIR values of 59% and 98% respectively, and a payback period of 1.66 years for multispecies and 2.02 years for Arundina orchid. Among the commercialisation problems identified as barriers to MARDI’s horticulture products included unpopularity of varieties in the local market, production issues associated with infrastructure and high production costs as well as marketing and crop copyright issues. In general, multispecies and Arundina orchid plants are viable and suitable as landscape plants, and have the potential to be commercialised

Abstrak
Tanaman florikultur di Malaysia telah mengalami revolusi baharu apabila Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) menyenaraikan industri florikultur sebagai tanaman bernilai tinggi yang boleh menguntungkan ekonomi negara. Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI mengambil inisiatif dengan memperkenalkan beberapa tanaman baharu yang sesuai untuk dijadikan tanaman landskap berbanding dengan tanaman hiasan iaitu tanaman multispesis yang berbunga sepanjang musim dan orkid Arundina yang tahan cuaca panas. Data kos tanaman diambil di plot tanaman secara prakomersial di Kuala Lumpur dan Rawang untuk membuat pengiraan analisis kos pengeluaran dan analisis kewangan. Selain itu, beberapa temu bual dengan pengkomersial dan penjana teknologi dilakukan bagi mengetahui isu dan masalah berkaitan pengkomersialan tanaman keluaran MARDI di peringkat tempatan. Analisis kewangan menunjukkan tanaman multispesies dan orkid Arundina adalah berdaya maju dengan nilai IIR 59% dan 98% masing-masing dan tempoh pulang modal sebanyak 1.66 tahun bagi tanaman multispesis dan 2.02 tahun bagi orkid
Arundina. Beberapa masalah pengkomersialan dikenal pasti menjadi halangan untuk produk hortikultur keluaran MARDI seperti gagal mendapat tempat di pasaran tempatan. Antaranya masalah pengeluaran yang dikaitkan dengan infrastruktur dan kos pengeluaran yang tinggi serta masalah pemasaran dan hak cipta tanaman. Secara amnya, tanaman multispesis dan orkid Arundina berdaya maju dan berpotensi untuk dikomersialkan serta sesuai untuk dijadikan sebagai tanaman landskap.

X

Right Click

Not allowed