187596
TodayToday196
YesterdayYesterday213
This_WeekThis_Week1090
This_MonthThis_Month4037

Abstract
Antimicrobial-resistant bacteria have been commonly introduced into fish farming systems through animal waste or overfeeding. About 80% of antimicrobials in aquaculture are used to pick the bacteria from changeable genetic components that contain various resistance causal factors transmittable to other bacteria. This causes a detrimental change in aquatic biodiversity and organisms. This paper aims to perform a systematic review using the Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) method to study the occurrence of AMR in the aquaculture industry. The objective of this study is to facilitate further studies in the field, given this gap found in the literature. This systematic review was conducted and reported based on the PRISMA approach, and the study selection process was completed using Mendeley Desktop and Microsoft Excel. Tetracyclines, sulphonamide, penicillins and phenols are the primary antimicrobial agents, whereas shrimp has been identified to be among the top species affected by AMR. This systematic review study provides critical information related to AMR, a current issue in the aquaculture industry.

Abstrak
Bakteria rintang terhadap antimikrob wujud dalam sistem penternakan ikan atau akuakultur melalui sisa najis haiwan dan pemberian makanan yang berlebihan. Kira-kira 80% daripada antimikrob yang digunakan dalam akuakultur memilih bakteria daripada komponen genetik boleh ubah yang mengandungi pelbagai faktor penyebab rintangan yang boleh dipindakan kepada bakteria lain. Ini menyebabkan perubahan yang memberikan kemudaratan dalam biodiversiti akuatik dan organisma. Artikel ini bertujuan untuk melakukan tinjauan sistematik menggunakan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) untuk mengkaji kejadian AMR dalam industri akuakultur. Objektif kajian ini adalah untuk memudahkan kajian lanjutan dalam bidang tersebut, memandangkan terdapat jurang pengetahuan dalam literatur. Tinjauan sistematik ini telah dijalankan dan dilaporkan berdasarkan pendekatan PRISMA, dan proses pemilihan kajian telah dijalankan menggunakan Mendeley Desktop dan Microsoft Excel. Hasil tinjauan sistematik ini mendapati tetrasiklin, sulfonamida, penisilin dan fenol adalah agen antimikrob utama, manakala udang telah dikenal pasti sebagai antara spesies teratas yang terjejas oleh AMR. Kajian tinjauan sistematik ini menyediakan maklumat kritikal berkaitan AMR, yang merupakan isu semasa dalam industri akuakultur.

X

Right Click

Not allowed