194295
TodayToday186
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week619
This_MonthThis_Month5456

Abstract
Global demand for durian has witnessed a notable upswing, with China taking lead as the primary consumer. This tropical fruit is mainly grown in Asian countries such as Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam and Laos. Nevertheless, the increasing demand has sparked concerns regarding the excessive use of unauthorized pesticides and artificial ripening agents in the durian industry, posing potential risks to both the environment and human health. Recognizing the demand for organic produce, durian plantations are also shifting towards organic practices indirectly. This study explores consumer experiences with organic durian in Malaysia. It was conducted online with a general sample of 400 respondents, followed by a smaller sample size of 30 individuals who have experience in purchasing organic durian. The findings reveal a modest positive perception (38.5%), while others show disinterest in buying due to high prices, a perceived lack of difference in taste and nutrition between organic and nonorganic (conventional) fruits, and uncertainty about the location of the organic fruit market. Factors such as health consciousness, environmental considerations and perceived quality emerge as significant drivers influencing consumers’ intentions to choose organic durian. In essence, this research contributes insights into understanding consumer purchasing experiences regarding organic durian in the Malaysian context. This information is hoped to generate more strategies for farmers and sellers to attract a larger consumer base in the future.

Abstrak
Permintaan global untuk durian telah mengalami peningkatan yang luar biasa dengan negara China sebagai pengguna utama. Buah tropika ini terutamanya ditanam di negara-negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Malaysia, Vietnam dan Laos. Walau bagaimanapun, permintaan yang meningkat telah menimbulkan kebimbangan terhadap penggunaan racun perosak yang tidak dibenarkan dan agen pematangan tiruan dalam industri durian yang boleh menyebabkan risiko kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Menyedari permintaan untuk hasil organik, ladang durian semakin beralih kepada amalan organik. Kajian ini meneroka pengalaman pengguna terhadap durian organik di Malaysia. Ia dilakukan secara dalam talian dengan 400 responden secara umum, diikuti dengan sampel kecil 30 individu yang memiliki pengalaman membeli durian organik. Penemuan menunjukkan persepsi positif yang sederhana (38.5%), sementara yang lain tidak berminat membeli disebabkan harga yang tinggi, tiada perbezaan yang dirasai dari segi rasa dan nutrisi antara buah organik dan buah bukan organik (konvensional) dan ketidakpastian mengenai lokasi pasaran buah organik. Faktor-faktor seperti kesedaran kesihatan, pertimbangan terhadap alam sekitar dan kualiti yang dirasai muncul sebagai pendorong penting yang mempengaruhi niat pengguna untuk memilih durian organik. Pada dasarnya, penyelidikan ini menyumbang kepada maklumat dalam memahami pengalaman pembelian pengguna berkenaan dengan durian organik dalam konteks Malaysia. Maklumat ini diharap dapat menghasilkan strategi lebih banyak bagi petani dan penjual untuk menarik lebih banyak pengguna pada masa hadapan.

X

Right Click

Not allowed