Abstract
The Malaysian coffee industry faces a range of challenges and opportunities. The rising costs of inputs, labour shortages and fluctuating global coffee prices have intensified financial pressures on coffee farmers in Malaysia. The lack of clear cost structures for different coffee varieties such as Liberica, Robusta and Arabica adds to the uncertainty regarding profitability. This study provides a detailed analysis of coffee production costs in Malaysia, focusing on the economic sustainability of the sector. Data were collected through face-to- face surveys using a structured questionnaire, involving 30 farmers who cultivate Liberica, Robusta and Arabica coffee. Among the varieties, Liberica coffee demonstrates the greatest economic viability, commanding higher prices and yielding better financial returns compared to Robusta and Arabica for both coffee berry and coffee bean. Liberica coffee beans offer favourable net profits, shorter payback periods, superior Net Present Value (NPV) and Internal Rate of Return (IRR). In contrast, Robusta and Arabica face profitability challenges at the berry stage, with negative profits and extended payback periods, making them less attractive without added value processing. The study recommends that farmers should focus on processing coffee berries into beans to maximise profitability. Policymakers are encouraged to support investments in processing infrastructure through grants, subsidies, and technical assistance, particularly in rural areas. Such support would enhance financial outcomes for farmers, strengthen Malaysia’s coffee industry and boost the country’s position in global coffee markets.
Abstrak
Industri kopi Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan peluang. Peningkatan kos input, kekurangan buruh dan turun naik harga kopi global telah meningkatkan tekanan kewangan ke atas petani kopi di Malaysia. Kekurangan struktur kos yang jelas untuk jenis kopi yang berbeza seperti Liberica, Robusta dan Arabica menambah ketidakpastian mengenai keuntungan. Kajian ini menyediakan analisis terperinci kos pengeluaran kopi di Malaysia, memfokuskan kepada kemampanan ekonomi sektor tersebut. Data dikumpul melalui survei bersemuka menggunakan borang soal selidik berstruktur, melibatkan 30 orang petani yang mengusahakan kopi Liberica, Robusta dan Arabica. Liberica menunjukkan daya maju ekonomi yang paling besar, menguasai harga yang lebih tinggi dan menghasilkan pulangan kewangan yang lebih baik berbanding Robusta dan Arabica untuk kedua-dua kopi beri dan kopi biji. Kopi biji Liberica menawarkan keuntungan bersih yang menggalakkan, tempoh bayaran balik yang lebih pendek, Nilai Kini Bersih (NPV) yang unggul dan Kadar Pulangan Dalaman (IRR). Sebaliknya, Robusta dan Arabica menghadapi cabaran keuntungan pada peringkat kopi beri, dengan keuntungan negatif dan tempoh bayaran balik yang lama, menjadikannya kurang menarik tanpa proses nilai tambah. Kajian ini mengesyorkan bahawa petani harus memberi tumpuan kepada pemprosesan kopi beri menjadi kopi biji untuk memaksimumkan keuntungan. Pembuat dasar digalakkan untuk menyokong pelaburan dalam pemprosesan infrastruktur melalui geran, subsidi dan bantuan teknikal, khususnya di kawasan luar bandar. Sokongan sedemikian akan meningkatkan hasil kewangan untuk petani, mengukuhkan industri kopi Malaysia dan meningkatkan kedudukan negara dalam pasaran kopi global.