Abstract
Broiler farming plays a significant role in supplying protein to the Malaysian population. Currently, the government is working on efforts to increase broiler production to meet domestic demand and export markets, while simultaneously addressing issues of odour and environmental pollution. In this context, the transformation to closed houe system (CHS) has been emphasised, particularly for new entrants into the industry. However, the high development costs have deterred farmers from adopting this transformation. This study was conducted to assess the viability of farming using CHS. The results show that farming with CHS is viable with a production capacity of at least 25,000 birds, which can be increased to 185,714 birds over seven production cycles per year. The NPV value is RM2,392,982 with an IRR of 28%. The payback period is projected to be in the third year, with a BCR of 1.09. Given that many farmers are still using OHS, proactive measures by the government is necessary to encourage more farmers to switch to CHS. This would not only increase broiler production but also boostthe national economy through exports to other countries.
Abstrak
Penternakan ayam pedaging memainkan peranan penting dalam membekalkan sumber protein kepada penduduk Malaysia. Pada masa ini, kerajaan berusaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran ayam pedaging bagi memenuhi permintaan domestik dan pasaran eksport dan pada masa yang sama berusaha untuk menangani isu pencemaran bau dan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, transformasi kepada CHS telah diberi penekanan terutamanya terhadap penternak yang baru menceburi industri ini. Walau bagaimanapun, kos pembangunan yang tinggi telah menghalang penternak untuk terlibat dengan transformasi ini. Kajian ini dijalankan bagi menilai daya maju penternakan menggunakan CHS. Keputusan menunjukkan penternakan menggunakan CHS berdaya maju dengan kapasiti pengeluaran sekurang-kurangnya 25,000 ekor. Kapasiti pengeluaran dapat ditingkatkan sehingga 185,714 ekor dengan pusingan pengeluaran sebanyak tujuh pusingan setahun. Nilai NPV ialah RM2,392,982 dengan IRR sebanyak 28%. Tempoh bayaran balik dianggarkan pada tahun ketiga dengan BCR 1.09. Memandangkan masih ramai penternak yang masih menggunakan OHS, langkah proaktif daripada pihak kerajaan adalah perlu bagi menarik lebih ramai penternak bertukar kepada CHS. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran ayam pedaging, malah dapat meningkatkan ekonomi negara melalui eksport ke negara luar.