Abstract
This study examines the economic aspect and consumer’s behaviour associated with MARDI’s parboiled rice in Malaysia as a product highly positioned in the market as a premium rice due to its enhanced nutritional profile. Leveraging a quantitative approach, the research evaluates consumer acceptance by exploring key sociocultural and economic factors that influence purchasing decisions. Findings reveal that health consciousness, particularly in relation to blood sugar management, significantly drives the demand for this parboiled rice. Reinforcing its appeal as a functional and health-focused premium product. Additionally, strong cultural preferences especially among the Indian community where parboiled rice is a dietary staple underscore the rice’s niche market potential within culturally aligned premium segments. These two attributes health-related benefits and cultural relevance emerge as pivotal in positioning parboiled rice not just as a functional food, but as a differentiated, value-added product. Overall, the study provides strategic insights into effectively marketing MARDI’s premium parboiled rice by emphasising its health credentials and cultural resonance, thereby fostering sustainable demand within targeted consumer segments in the Malaysian market.
Abstrak
Kajian ini meneliti tingkah laku ekonomi dan pengguna terhadap beras parboiled premium keluaran MARDI di Malaysia iaitu produk yang semakin mendapat tempat dalam pasaran disebabkan oleh pelbagai manfaat kesihatan. Melalui pendekatan kuantitatif, kajian ini menilai tahap penerimaan pengguna dengan memberi tumpuan kepada faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi keputusan pembelian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran kesihatan khususnya dalam pengurusan paras gula dalam darah memainkan peranan penting dalam mendorong permintaan terhadap beras parboiled premium ini. Di samping itu, kecenderungan budaya terutamanya dalam kalangan komuniti India yang menjadikan beras parboiled sebagai makanan ruji. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan potensi pasaran yang jelas dalam segmen budaya tertentu. Manfaat kesihatan dan kesesuaian budaya merupakan faktor utama dalam menyokong penjenamaan dan penyegmenan beras parboiled sebagai produk premium. Secara keseluruhan, kajian ini menawarkan pandangan strategik bagi memperkukuh pemasaran beras parboiled MARDI sebagai produk berkualiti tinggi dengan menekankan nilai kesihatan dan kesesuaian budaya pengguna, sekali gus menyumbang kepada permintaan yang mampan dalam pasaran tempatan.
						


