266444
TodayToday187
YesterdayYesterday254
This_WeekThis_Week441
This_MonthThis_Month953

Abstract
Seeds are an important input for rice cultivation and increasing productivity. The rice seed system in Malaysia is well developed and seed production focuses solely on local consumption. However, the rice seed industry faces problems and challenges every year. The issues are different and depend on the seed production supply chain. Therefore, it is important to identify the issues and challenges in the rice seed industry for improvement and develop a future policy plan for the sustainability of seed supply. Furthermore, the constraints and institutional potential in the rice seed system need to be identified and improved for the development of an effective seed system for the rapid delivery and use of quality seeds in rice cultivation. Due to the various achievements and challenges in rice seed production, which have so far received little research focus at the producer and farmer levels and need to be discussed in more detail. Therefore, the main purpose of this article is to review the rice seed system in and address the problems, challenges and ways to improve the rice seed industry in Malaysia. The study was conducted by collecting information from various secondary and primary data. The primary data was collected through personal interviews with 12 seed producers and a total of 201 rice farmers in two granaries areas in Peninsular Malaysia. The result shows that there are different problems and challenges among seed producers and farmers. On the producer side, they are facing issues related to seed quotas, high operating costs, limited supply of basic seeds and farmers’ demand changing depending on the planting season. Meanwhile, there are moderate or no serious problems for farmers regarding options of seed varieties, accessibility, affordability and quality of seeds. It is well known that access to seeds is a challenge as the seeds must be available at the right time, in the right place, in the required quantity, of acceptable quality and at an affordable price and must be of the variety suitable for it local agroecological conditions and requirements of farmers or the market are suitable. Therefore, the collaboration of various parties, especially agencies and private sector players as well as rice seed-producing companies, is necessary to improve the seed market in the future.

Abstrak
Benih merupakan input penting untuk penanaman padi dan meningkatkan produktiviti. Sistem benih padi di Malaysia dibangunkan dengan baik dan pengeluaran benih tertumpu kepada penggunaan tempatan sahaja. Walau bagaimanapun, industri benih padi menghadapi isu dan cabaran setiap tahun. Isunya berbeza bagi setiap rantaian bekalan pengeluaran benih padi. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam industri benih padi untuk penambahbaikan dan membangunkan pelan dasar pada masa depan untuk kelestarian bekalan benih. Tambahan pula, kekangan dan potensi institusi dalam sistem benih padi perlu dikenal pasti dan ditambahbaik untuk pembangunan sistem benih yang berkesan bagi penghantaran cepat dan penggunaan benih berkualiti dalam penanaman padi. Disebabkan pencapaian dan cabaran yang pelbagai dalam pengeluaran benih padi, yang setakat ini kurang fokus dalam penyelidikan di peringkat pengeluar dan petani, perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci. Oleh itu, tujuan utama artikel ini adalah untuk mengkaji sistem benih padi di dan menangani masalah, cabaran dan cara untuk menambah baik industri benih padi di Malaysia. Kajian dijalankan dengan mengumpul maklumat daripada pelbagai data sekunder dan primer. Data primer dikumpul melalui temu bual bersemuka dengan 12 syarikat pengeluar benih dan seramai 201 pesawah di dua kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat masalah dan cabaran yang berbeza di kalangan pengeluar benih dan petani. Di pihak pengeluar, mereka berdepan isu berkaitan kuota benih, kos operasi yang tinggi, bekalan benih asas yang terhad dan permintaan pesawah berubah bergantung pada musim penanaman. Sementara itu, didapati masalah adalah sederhana atau tiada masalah serius bagi pesawah berkaitan dengan pilihan varieti, ketersediaan benih, harga berpatutan dan kualiti benih. Umum mengetahui bahawa akses kepada benih adalah satu cabaran kerana benih mesti tersedia pada masa yang sesuai, di tempat yang betul, dalam kuantiti yang diperlukan, kualiti yang boleh diterima dan pada harga yang berpatutan dan mestilah daripada varieti yang sesuai untuk keadaan agroekologi tempatan dan keperluan pesawah atau pasaran yang sesuai. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak khususnya agensi dan sektor swasta terutamanya syarikat pengeluar benih padi adalah perlu bagi menambah baik pasaran benih pada masa hadapan.

X

Right Click

Not allowed