Abstract
Beef consumption in Malaysia has been increasing annually, yet domestic production accounts for only 14.7% of the nation’s demand. To address this shortfall, the country relies heavily on imports, totalling 208,867 mt in 2022. A critical challenge faced by the Malaysian beef industry is the limited availability of land. Among the strategies proposed to augment cattle production, and-use optimisation holds significant potential. Malaysia had 5.85 million hectares of oil palm plantations, presenting a unique opportunity to integrate cattle farming with oil palm cultivation. This integration offers a sustainable approach to mitigating environmental impacts while addressing land constraints and enhancing beef production. Despite being proposed since the 1980s, the integration system has seen minimal to no adoption by major companies due to concerns such as potential cattle-induced damage to oil palm trees, limited feed processing technology and inadequate feed resources. Most previous studies have assessed the feasibility of this integration in smallholder schemes such as FELDA or private enterprises. Therefore, this study re-evaluates the potential of implementing cattle integration in oil palm plantations, focusing on government agencies and Government-Linked Companies (GLCs) through financial viability and feasibility analysis. The findings indicate that utilising 246,003 ha of government-managed oil palm plantations could produce 50,669 mt, meeting 25% of domestic demand. Expanding the system to include 132,463 ha of GLCmanaged plantations would increase the total area to 378,466 ha, producing 94,938 mt of beef and elevating Malaysia’s self-sufficiency rate to 46.7%. These results highlight the critical role of collaboration between government agencies and the private sector, underpinned by robust policy frameworks, to enhance beef production and achieve national food security goals.
Abstrak
Penggunaan daging lembu/kapita di Malaysia meningkat setiap tahun, namun pengeluaran domestik hanya menyumbang 14.7% daripada permintaan negara. Bagi menangani kekurangan ini, negara terpaksa bergantung kepada import sebanyak 208,867 mt secara signifikan pada tahun 2022. Cabaran utama yang dihadapi oleh industri daging lembu di Malaysia adalah kekurangan tanah. Antara strategi yang memiliki potensi besar yang dicadangkan untuk meningkatkan pengeluaran lembu adalah penggunaan tanah secara optimum. Malaysia mempunyai 5.85 juta ha ladang kelapa sawit, yang dilihat mempunyai potensi yang unik untuk mengintegrasikan penternakan lembu dengan penanaman kelapa sawit. Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengurangkan impak kepada alam sekitar tetapi juga menangani kekurangan tanah serta berpotensi untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu. Walaupun, sistem integrasi ini telah dicadangkan sejak tahun 1980-an, namun pengaplikasian sistem ini oleh syarikat besar adalah sangat minimum atau tidak ada sama sekali. Hal ini disebabkan kebimbangan terhadap kerosakan pokok kelapa sawit, teknologi pemprosesan makanan ternakan yang terhad, dan kekurangan sumber makanan ternakan. Kebanyakan kajian terdahulu menilai kebolehlaksanaan integrasi ini dalam skim kecil seperti FELDA atau perusahaan swasta. Oleh itu, kajian ini menilai semula potensi pelaksanaan integrasi lembu dalam ladang kelapa sawit, dengan memberi tumpuan kepada agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) melalui analisis kebolehlaksanaan kewangan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan keluasan 246,003 ha ladang kelapa sawit yang diurus oleh agensi kerajaan dapat menghasilkan 50,670 tan metrik daging lembu, memenuhi 25% permintaan domestik. Pertambahan penggunaan sistem ini oleh syarikat GLC dengan keluasan 132,463 ha akan meningkatkan keluasan keseluruhan kepada 378,466 ha, menghasilkan 94,939 mt daging lembu dan meningkatkan kadar sara diri negara kepada 46.9%. Dapatan ini menekankan peranan penting kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor swasta yang disokong oleh kerangka dasar yang kukuh, dalam meningkatkan pengeluaran daging lembu untuk mencapai matlamat keterjaminan makanan negara.
						


