Print

Consumer purchasing intent of brown rice cookies developed by MARDI
(Kecenderungan pengguna membeli biskut beras perang yang dibangunkan oleh MARDI)

Abstract

Consumer acceptance for two types of brown rice cookies developed by MARDI was evaluated. The major objective was to identify the sensory attributes influencing purchasing intent. Attributes considered were taste, aroma, colour, shape, texture and overall acceptability. A total of 410 consumers evaluated the products using 5-point Likert scale. Purchase intent was accessed using binomial (yes/no) scale. Data were analysed using ANOVA, MANOVA, DDA and LRA. ANOVA results showed that both products were well accepted with overall liking score of slightly greater than 4. All attributes except shape of product 1 (high fibre chocolate almond brown rice cookies) was preferred over product 2 (puff brown rice cookies) indicating that there was a significant difference in terms of consumer preference between both products. MANOVA analysis supported the ANOVA results which showed that there was a significant difference for both products when all attributes were simultaneously considered. DDA results showed that products were differentiated mainly by taste and overall acceptability. In assessing whether consumers would buy the products, the LRA on purchase intent with full logit model indicated that purchase intent could be predicted with 84.5% accuracy.

 

Abstrak

Penerimaan pengguna terhadap dua jenis biskut beras perang tempatan yang dibangunkan oleh MARDI telah dikaji. Objektif utama kajian adalah untuk menentukan atribut produk yang mempengaruhi kecenderungan untuk membeli. Atribut yang dinilai ialah rasa, aroma, warna, bentuk, tekstur dan penerimaan keseluruhan produk. Seramai 410 responden telah menilai produk ini berdasarkan skala Likert 5-mata. Tujuan pembelian telah dinilaikan menggunakan analisis regresi logistik berasaskan skala binomial (ya/tidak). Data telah dianalisis dengan kaedah statistik ANOVA, MANOVA, DDA dan LRA. Hasil ANOVA menunjukkan kedua-dua produk telah diterima baik oleh pengguna dengan memberikan penerimaan keseluruhan pada skor lebih sedikit daripada 4. Kesemua atribut produk 1 (biskut beras perang berserat tinggi coklat badam) kecuali bentuk lebih digemari berbanding dengan produk 2 (biskut bertih beras perang). Analisis MANOVA menyokong hasil analisis ANOVA iaitu terdapat perbezaan ketara penerimaan pengguna terhadap kedua-dua produk apabila kesemua atribut dianalisis bersama. Analisis DDA menunjukkan bahawa atribut utama yang memberikan perbezaan ketara antara dua produk tersebut ialah atribut rasa dan penerimaan keseluruhan. Kedua-dua atribut juga telah membezakan produk dari segi penerimaan keseluruhan dan keinginan untuk membeli. Untuk menganggarkan ketepatan keinginan membeli di kalangan pengguna, regresi logistik telah dijalankan dan didapati bahawa berdasarkan model penuh logit, keinginan untuk membeli dapat diramalkan dengan 84.5% ketepatan.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above