194384
TodayToday61
YesterdayYesterday214
This_WeekThis_Week708
This_MonthThis_Month5545

Scenario and prospect of Malaysia’s pineapple industry

World pineapple trade had shown increasing trend for the past three decades. Malaysia was listed number 15 of the world fresh pineapple exporter, while for canned pineapple Malaysia was listed as number 9. The export trend for Malaysia’s canned pineapple was decreasing, while that of fresh pineapple the export volume had increased. The pineapple technology developed since 1980s was not able to sustain the pineapple productivity. Changes in policies and organization involving LPNM influenced the productivity of pineapple farms. The BOT action plan for pineapple industry was very much diverted, but the targeted positive BOT materialised. Malaysia has more strength in fresh pineapple production than processing. Consolidation of smaller farms into bigger scale was the right decision to improve farms’ productivity and efficiency. Small scale growers should focus on producing pineapple for fresh market that can be sold at higher price. In order to be efficient and competitive, the canning industries should operate their own pineapple estates as sources of raw material supplies.

 

Senario dan prospek industri nanas Malaysia

Perdagangan nanas dunia menunjukkan trend yang meningkat sejak tiga dekad yang lampau. Malaysia tersenarai sebagai negara pengeksport nanas segar ke-15 terpenting di dunia manakala bagi nanas kaleng kedudukan Malaysia ialah yang ke-9. Eksport nanas kaleng negara ini menunjukkan trend yang menurun namun bagi nanas segar kuantiti eksport semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Teknologi yang dijana sejak tahun 1980-an tidak berjaya mengekalkan produktiviti tanaman nanas secara mampan. Perubahan polisi dan organisasi yang melibatkan LPNM turut mempengaruhi produktiviti tanaman nanas. Pelan BOT industri nanas didapati jauh tersasar, namun matlamat akhir lebihan dagangan tercapai. Malaysia mempunyai kekuatan yang lebih dalam pengeluaran nanas untuk pasaran segar berbanding dengan pemprosesan. Pengelompokan kawasan nanas menjadi skala besar adalah tindakan yang tepat bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Pekebun kecil nanas disarankan agar fokus kepada pengeluaran nanas untuk pasaran segar yang boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan nanas untuk pemprosesan. Bagi industri pengkalengan pula, pihak pengilang perlu mempunyai estet sendiri sebagai sumber bekalan buah nanas bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing.

X

Right Click

Not allowed