94645
TodayToday77
YesterdayYesterday141
This_WeekThis_Week218
This_MonthThis_Month922
All_DaysAll_Days94645

Youth perception and effectiveness of the Stimulate Programme in
the Malaysian Fisheries Industry
(Keberkesanan dan persepsi belia terhadap Program Rangsangan Kerajaan dalam
Industri Perikanan Negara)

Abstract
The involvement of youth in the fisheries industry is vital towards securing nation-building for the future. The country needs young people to upgrade, modernise and increase the number of skilled workers in the agriculture sector, especially in the fisheries industry. In this regard, government agencies such as the Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM) and the Department of Fisheries (DOF) have implemented various activities to develop and stimulate the socio-economy of fishermen. Six selected programmes are covered in the present study: Living Allowance or Elaun Sara Hidup (ESH), Capture Incentive or Insentif Hasil Tangkapan (IHT), Natural Disaster Allowance, Housing Allowance, Diesel Subsidies and Petrol Subsidies. This study aims to measure these programmes’ effectiveness and young fishermen’s perception of the management of these programmes. This study used a quantitative method and primary data were gathered using a questionnaire. The stratified random sampling technique was employed to select the study’s respondents, consisting of 476 (n) Malaysian fishermen. From this sample, the subsample (n1) in which the respondents were between 15 – 40 years old was chosen and analysed using descriptive analysis, factor analysis and the SERVQUAL model. The findings reported a total mean score of 4.22 out of 5 points for the effectiveness of programme management, indicating the young fishermen’s agreement regarding the effectiveness of the programmes. Meanwhile, the SERVQUAL model revealed that the young fishermen’s perceptions of the management of these programmes are based on responsiveness, empathy, assurance and tangibles. This study also captured the issues and challenges faced by the young fishermen involved in this industry, where they were affected by factors such as difficulties to obtain technical assistance and a lack of support. These aspects might have contributed to the lack of youth involvement in the fisheries industry. The results of this study suggest that there are vast opportunities to improve the management of these programmes and that all parties should support the government’s efforts to encourage the involvement of youths, especially highly educated youths, in the fisheries sector in developing this industry.

Abstrak
Penglibatan belia dalam industri perikanan sangat penting dalam menjamin pembangunan masa depan negara. Golongan muda ini diperlukan oleh negara untuk meningkatkan bilangan pekerja mahir dan memodenkan sektor pertanian, terutamanya dalam industri perikanan. Agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Perikanan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan (DOF) telah berjaya mengatur pelbagai program untuk membangun dan merangsang sosioekonomi nelayan. Terdapat enam program terlibat dalam kajian ini iaitu Elaun Sara Hidup (ESH), Insentif Hasil Tangkapan (IHT), Elaun Bencana Alam dan Perumahan serta Subsidi Diesel dan Petrol. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur keberkesanan program dan tahap persepsi nelayan muda terhadap pengurusan program ini. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah kuantitatif dengan mengumpulkan data primer melalui soal selidik secara bersemuka. Dalam kajian ini, teknik persampelan rawak berstrata digunakan dan responden ialah nelayan Malaysia dengan ukuran sampel n = 476. Daripada sampel ini, sampel (n1) ialah responden berumur antara 15 – 40 tahun yang dipilih dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif, analisis faktor dan model SERVQUAL. Hasil kajian menunjukkan bahawa total min skor bagi skor keberkesanan pengurusan program ialah 4.22 daripada 5 mata, yang menunjukkan bahawa sebahagian besar nelayan muda bersetuju bahawa program ini berkesan. Model SERVQUAL juga data menjelaskan bahawa persepsi nelayan muda terhadap pengurusan program-program ini adalah didasarkan pada responsif, empati, jaminan dan ketara. Kajian ini juga merungkap isu dan cabaran yang dihadapi oleh nelayan muda dalam industri ini yang dipengaruhi oleh faktor utama, iaitu kesukaran untuk mendapatkan bantuan teknikal dan tidak cukup sokongan. Semua aspek ini mungkin menyumbang kepada kurangnya penglibatan belia dalam industri perikanan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peluang untuk meningkatkan pengurusan program-program ini dan semua pihak harus menyokong usaha kerajaan untuk mendorong penglibatan para belia dalam sektor perikanan, terutamanya belia yang berpendidikan tinggi dan seterusnya mengembangkan industri ini.

X

Right Click

Not allowed