Branding as a strategy for marketing agriculture and agro-based industry products
(Penjenamaan sebagai strategi pemasaran produk pertanian dan industri asas tani)
Abstract
Brand is one of the important elements in marketing a product. Nevertheless, branding of an agriculture product is relatively new and still in an infant stage. It is also very challenging for a firm to brand its agricultural products. This study is aimed to examine the entrepreneurs’ perception towards agricultural brand, such as the criteria in branding their products, to identify relationships between brand indication and marketing strategy, and to understand the value of the agricultural brand. This study used a qualitative research method. Specifically, a focus group discussion was carried out to gather information from 15 entrepreneurs who were involved in producing and marketing agricultural products. The study found that the entrepreneurs associated brand with the identity, quality and image of a product, and represented the firm. Brand increases its product competitive advantage and opens the doors of hypermarkets and supermarkets across the country and enables the products to be exported globally. Firms employ a different strategy when branding their products, such as using different brands for different markets or one brand for all markets. In conclusion, brand helps entrepreneurs to expand their products in the domestic and global markets.
Abstrak
Jenama ialah satu daripada elemen penting dalam pemasaran produk. Walau bagaimanapun, penjenamaan produk pertanian secara relatifnya masih baru dan di peringkat awal. Penjenamaan produk pertanian juga sangat mencabar. Produk pertanian, khususnya buah-buahan dan sayuran dikeluarkan oleh banyak firma dan mereka adalah produk yang homogenus. Kajian ini bertujuan menilai persepsi usahawan terhadap jenama produk pertanian, termasuklah bagaimana mereka menentukan kriteria menjenamakan produk pertanian, mengenal pasti (jika ada) hubungan antara penentuan jenama dengan strategi pemasaran, dan untuk memahami nilai jenama pertanian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Secara khususnya, kaedah Fokus Perbincangan Kumpulan telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat daripada 15 orang usahawan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran produk. Kajian ini mendapati, usahawan mengaitkan jenama dengan identiti, kualiti dan imej produk, dan mewakili firma. Jenama meningkatkan daya saing dan membuka ruang pemasaran produk ke pasar raya dan pasar raya besar di dalam negeri, dan membolehkan produk dieksport ke pasaran global. Firma menggunakan strategi yang berbeza apabila menjenamakan produk mereka, sama ada menggunakan jenama yang khusus untuk sesuatu segmen pasaran, atau satu jenama untuk semua pasaran.