165182
TodayToday302
YesterdayYesterday125
This_WeekThis_Week913
This_MonthThis_Month3378

Daya maju dan daya saing industri rumpai laut Malaysia
(Viability and competitiveness of seaweed industry in Malaysia)
Rashilah Mohamad*, Muhammad Faireal Ahmad*, Nur Fazliana Md Noh*, Nur Azlina Saari* dan Abd. Malek Othman**
Kata kunci: rumpai laut, penternak kecil, daya maju, daya saing

Abstrak
Rumpai laut telah dikenal pasti sebagai salah satu komoditi pertanian bernilai tinggi dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian. Kerajaan memberikan perhatian dan sokongan melalui pelbagai program untuk memajukan industri rumpai laut. Sabah merupakan pengeluar utama rumpai laut dan sehingga kini, pengeluaran di pesisir pantainya dianggarkan seluas 12,895 hektar dan melibatkan 1,258 penternak kecil. Penternak telah mengamalkan kaedah pengkulturan yang disyorkan oleh Jabatan Perikanan Sabah (JPS) dengan menumpukan pengeluaran rumpai laut jenis Kappaphycus spp. Purata keluasan kawasan tanaman bagi seorang penternak ialah 2.3 ekar dan kebanyakan mereka mengamalkan kaedah long-line. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan daya maju penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan dan menilai daya saing pengeluaran rumpai laut Malaysia di pasaran dunia. Kajian ini menunjukkan bahawa pengkulturan rumpai laut secara kecil-kecilan di Sabah adalah berdaya maju. Kos purata pengeluaran rumpai laut kering ialah RM0.63 sekilogram, dengan purata harga jualan ladang ialah RM1.90 sekilogram, sementara harga rumpai laut kering untuk pemprosesan karagenan yang dijual kepada kilang pemprosesan ialah RM2.50 sekilogram. Industri ini masih lagi merupakan industri baharu dan belum diterokai sepenuhnya. Masih terdapat anggaran 80% kawasan yang sesuai tetapi belum diterokai. Dengan meningkatkan kawasan dan produktiviti pengeluaran, industri ini akan dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

Abstract
Seaweed has been named as one of the high-value agricultural commodities in the National Key Economic Area (NKEA). Since then, seaweed has been given attention and support for development. Presently, planted area at the coastal sea area of Sabah was estimated at 12,895 hectares involving 1,258 small farmers. Most farmers have switched to more advanced cultivation practices recommended by the Department of Fisheries Sabah (DOFS). Most of the farmers were cultivating seaweed Kappaphycus spp. with the everage acreage of 2.3 acres / farmer. Most farmers adopt long-line method. The objective of this study was to determine the viability of seaweed farming on a small scale and to evaluate the competitiveness of Malaysian seaweed production in the world market. The study found that, seaweed cultivation in Sabah was viable. The average cost of production of dried seaweed was RM0.63 per kg, while the average selling farm price was RM1.90 per kg. Price of dried seaweed for carrageenan processing was RM2.50 per kg. Although the industry was still in early stage, by expanding and enhancing the productivity, seaweed industry would be able to contribute to the national income.

X

Right Click

Not allowed