187599
TodayToday199
YesterdayYesterday213
This_WeekThis_Week1093
This_MonthThis_Month4040

Dimensi sosioekonomi, potensi dan cabaran pemuliharaan buah-buahan nadir terpilih di Semenanjung Malaysia
(Socioeconomic dimensions, potential and conservation challenges of selected rare fruits in the Peninsular Malaysia)

Abstrak
Keperluan untuk meneroka dan eksploitasi sumber buah-buahan baharu bagi peningkatan ekonomi dan penghasilan produk adalah penting untuk memastikan kepelbagaian sumber tempatan digunakan secara optimum. Kajian ini dijalankan bagi menilai status sosioekonomi penanam serta mengenal pasti potensi dalam pemuliharaan spesies buah-buahan ini. Data dikumpul melalui sesi temu bual bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur melalui kaedah persampelan bola salji (snowball sampling) yang melibatkan 150 orang responden. Kuini telah dikenal pasti sebagai buah-buahan nadir yang sangat berpotensi untuk dikomersialkan sama ada secara segar atau proses jika dibandingkan dengan buah-buahan nadir lain yang dikaji. Fungsi dan kegunaan buah kuini adalah pelbagai sama ada sebagai jus atau bahan perasa tambahan dalam makanan. Kuini juga boleh diperkenalkan sebagai minuman fungsian kerana mengandungi kandungan antioksida yang tinggi. Bagi bacang dan binjai, penggunaannya lebih tertumpu kepada penggunaan secara segar. Manakala bagi ceri terengganu, tiada penggunaan yang khusus terhadap pengeluaran buah-buahan tersebut kerana ia hanya ditanam untuk tujuan hiasan. Oleh itu, kesesuaian  pembangunan buah-buahan nadir berpotensi perlu dikaji agar penyelidikan yang dijalankan dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan komuniti yang mengusahakannya.

Abstract
The need to explore and exploit of new fruits is to increase economic and production matters in order to ensure the diversity of local resources are used optimally. This study was conducted to assess the socioeconomic scenario of the growers and to identify market potential in the conservation of this fruit species. The data were collected through face-to-face interview using a structured questionnaire through a snowball sampling method involving 150 respondents. Kuini has been identified as a very potential rare fruit to be commercialised either fresh or processed in comparison with other rare fruits studied. The functionality and uses of this fruit is very diverse either as a juice or an additional flavouring in the diet. Kuini can also be introduced as a functional drink because it contains high antioxidant content. For bacang and binjai, its use is more focused on fresh use. Meanwhile ceri terengganu found no special use from its fruit production as it is only planted for decorative purposes. Therefore, the suitability of the development of rare fruits needs to be studied so that the research could help to increase the income of the community who are involved in its cultivation

X

Right Click

Not allowed