194008
TodayToday71
YesterdayYesterday124
This_WeekThis_Week332
This_MonthThis_Month5169

Abstract
Coffee, also known by its scientific name Coffea spp. from the Rubiaceae family and the genus Coffea. There are numerous coffee varieties, but the three most widely grown and commercialised are Arabica, Robusta and Liberica. Malaysia’s coffee industry appears to be growing, despite the fact that the country’s coffee production is declining and unable to meet demand. This rise in demand is due to population growth and current changes in lifestyle. The decrease in coffeegrowing areas in Malaysia has resulted in a limited supply of local green coffee. However, current trend shows an increase in local demand, particularly for pre-mixed coffee, which makes coffee as one of the important commodities and has the potential to be developed. Therefore, the aim of this study is to examine the overview and potential of the Malaysian coffee industry. Secondary data was gathered from several sources and analysed using descriptive analysis, trend analysis dan Revealed Comparative Advantage (RCA). Due to limited local coffee resources and prices, the country depends on imported green coffee beans, particularly Robusta and Arabica varieties from Indonesia, Vietnam, Columbia and Brazil. The trend of importing green coffee and exporting coffee products is increasing yearly. Although the world market price of green coffee beans fluctuates, the price is still cheaper than local green coffee, especially the Robusta variety. The results of the RCA analysis show that Malaysia is competitive with some other countries, especially in coffee extract products. This is an opportunity for industrial players to explore foreign markets and expand the coffee industry especially in value added product. Therefore, planning and systematic action plans can be improved and developed to be on par with other countries.

Abstrak
Kopi dikenali dengan nama saintifiknya Coffea spp. ialah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae dan genus Coffea. Terdapat banyak jenis kopi, tetapi tiga yang paling banyak ditanam dan dikomersialkan ialah Arabica, Robusta dan Liberica. Industri kopi Malaysia semakin berkembang, walaupun pengeluaran kopi negara semakin berkurangan dan tidak dapat memenuhi permintaan. Peningkatan permintaan ini adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan perubahan gaya hidup semasa. Bekalan kopi hijau tempatan yang terhad ini disebabkan oleh pengurangan kawasan penanaman kopi di Malaysia. Hakikatnya tanaman kopi merupakan salah satu komoditi penting dan berpotensi untuk dibangunkan dengan lebih meluas. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk produk kopi nilai tambah, khususnya kopi pracampuran di pasaran tempatan dan global. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji gambaran keseluruhan dan potensi industri kopi Malaysia. Data sekunder dikumpul daripada beberapa sumber dan telah dianalisis menggunakan analisis deskriptif, analisis trend dan Revealed Comparative Advantage (RCA). Disebabkan sumber dan harga kopi tempatan yang terhad, negara bergantung kepada biji kopi hijau yang diimport, terutamanya jenis Robusta dan Arabica dari Indonesia, Vietnam, Columbia dan Brazil. Trend import kopi hijau dan eksport produk kopi semakin meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun harga pasaran biji kopi hijau dunia tidak menentu, namun harga kopi import lebih murah berbanding dengan harga kopi hijau tempatan terutamanya varieti Robusta. Hasil analisis RCA menunjukkan Malaysia berdaya saing dengan beberapa negara lain terutama dalam produk ekstrak kopi. Hal ini memberi peluang kepada pemain industri untuk meneroka pasaran luar dan mengembangkan industri kopi terutama dalam produk nilai tambah. Oleh itu, perancangan dan pelan tindakan yang sistematik boleh ditambah baik dan dibangunkan agar setanding dengan negara lain.

X

Right Click

Not allowed