194293
TodayToday184
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week617
This_MonthThis_Month5454

Abstract
In Malaysia, the agricultural revolution is vast and in line with technology advancement to maximise productivity whilst minimising use of resources. Current technology like the decision support system (DSS) improves crop quality, lowers cost and provide real time crop monitoring. Theoretically, DSS is a system based on artificial intelligence (AI) and Internet of Things (IoT) technology. With regards to the production aspects of mechanisation and agricultural inputs beginning with the preparation of soil, seeds, planting, plant care and harvesting, this system offers consultancy, technical assistance and professional advisory services. Currently, limited discussion is in place on the applicability and usage of these technologies in relation to Malaysian farmers’ perception and acceptance of this technology. Therefore, the aim of this study is to identify the most dominant factor that influences DSS adoption in vegetable cultivation in Malaysia. This study has adopted the theory of Technology Acceptance Model (TAM) as its theoretical framework and the Structural Equation Modelling (SEM) was used to analyse factors affecting the adoption and acceptance of DSS among farmers. A total of 133 Malaysian vegetable farmers participated in this study. A self-administered questionnaire was used in a quantitative research strategy to acquire the sample. According to the study’s findings, farmers’ intentions to use a DSS for vegetable cultivation are significantly influenced by perceived ease of use, attitude and technological influence. This study has produced insightful data on different perceptions of farmers and is used as a springboard for creating a framework for analysing support systems that may better address the needs of farmers.

Abstrak
Di Malaysia, revolusi pertanian berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi untuk memaksimumkan produktiviti sambil meminimumkan penggunaan sumber. Selain itu, aplikasi teknologi seperti sistem sokongan keputusan (Decision Support System, DSS) boleh meningkatkan kualiti tanaman, mengurangkan kos dan dapat membantu dari segi pengawalan penanaman. Secara teorinya, DSS ialah sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi Internet of Things (IoT). Sistem ini menawarkan perkhidmatan perundingan, bantuan teknikal dan khidmat nasihat profesional. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai kebolehgunaan dan penggunaan teknologi ini dan persepsi serta penerimaan petani terhadap teknologi ini amat terhad. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor paling dominan yang mempengaruhi penggunaan DSS dalam penanaman sayur-sayuran di Malaysia. Kajian ini telah mengguna pakai technology acceptance model (TAM) sebagai kerangka teori dan structural equation modelling (SEM) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penerimaan DSS dalam kalangan petani. Seramai 133 petani sayur Malaysia terlibat dalam survei ini menggunakan borang soal selidik berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan niat petani untuk menggunakan DSS untuk penanaman sayur-sayuran sangat dipengaruhi oleh persepsi kemudahan penggunaan (perceived ease of use), persepsi kebergunaan (perceived usefulness), sikap dan pengaruh teknologi. Kajian ini menganalisis persepsi dan penerimaan petani terhadap teknologi DSS ini dan dapatan ini dapat digunakan sebagai batu loncatan untuk mewujudkan rangka kerja untuk menambah baik sistem sokongan yang mungkin dapat menangani keperluan petani dengan lebih baik.

X

Right Click

Not allowed