150263
TodayToday122
YesterdayYesterday192
This_WeekThis_Week825
This_MonthThis_Month2093

Persepsi pengguna dan kesanggupan membeli beras Maswangi MRQ 74

Maswangi atau MRQ 74 ialah beras wangi berkualiti tinggi (HQR) yang telah diisytiharkan oleh MARDI pada tahun 2005. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas daripada bakal pengguna tentang kualiti beras ini dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang perlu untuk meningkatkan kualitinya. Sejumlah 79% daripada responden sanggup untuk bertukar menggunakan beras Maswangi dan kebanyakan mereka terdiri daripada pengguna beras biasa. Segmen pasaran dicadangkan ditumpukan kepada pengguna bangsa Melayu dan mempunyai bilangan isi rumah yang kecil. Harga yang dicadangkan agak rendah iaitu sekitar RM2.43/kg. Kewangian nasi ketika dimakan perlu dipertingkatkan kerana belum mencapai kualiti yang dikehendaki oleh pengguna. Faktor pelaris beras ini iaitu tidak melekit dan kurang kanji, boleh dipertimbangkan untuk menggantikan beras Ponni dan Basmathi di pasaran.

 
X

Right Click

Not allowed