Print

Marketing Malaysian fruits to British consumers: Exploring influential factors
(Pemasaran buah-buahan Malaysia kepada pengguna British: Meneroka faktor berpengaruh)
Chubashini Suntharalingam*, Kanagi Kanapathy**, Ahmad Shokri Othman***, Rozhan Abu Dardak*, Mohd Dainori Md Shah*, Azahar Harun* and Muhammad Faireal Ahmad* Keywords: British, Malaysia, fruits, awareness, marketing, stimulating, consumption

Abstract

The Malaysian National Agrofood Policy (MNAFP) sets the strategic directions for Malaysian agricultural development. One of the key focuses of MNFAP is to increase export value of Malaysian fruits. One market that is under explored is the United Kingdom, hence this study was carried out with British nationals in Malaysia to ascertain the market needs of this niche community in Malaysia. The aim of this study was to identify factors that influence British consumers’ preferences in consuming Malaysian fresh fruits with the hope of increasing Malaysian fruits’ exports to the United Kingdom. The four major fruits studied were durian, mangosteen, rambutan and starfruit. Qualitative method via Focus Group Discussion (FGD) was employed in this study. A semi-structured questionnaire was utilised in assisting the smooth flow of the FGDs. This study concluded that six underlying factors on fruits, i.e. physical aspects and utilisation, intrinsic traits and cost, knowledge on consumption, appearance, texture and content uniqueness and health benefits are factors found to influence British consumers’ decision in consuming Malaysian fruits. This research developed a customised questionnaire to measure consumer perceptions of Malaysian exotic fruits. This study is a first-of its-kind to identify the factors influencing consumption of Malaysian fruits within the British community living in Malaysia.

Abstrak

Dasar Agromakanan Negara (DAN) menetapkan hala tuju strategik bagi pembangunan industri pertanian dan asas tani. Salah satu fokus utama DAN adalah untuk meningkatkan nilai eksport buah Malaysia. Pasaran United Kingdom merupakan salah satu pasaran yang mempunyai potensi tinggi bagi pengimportan buah Malaysia, namun pada masa kini, nilai eksport Malaysia adalah rendah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pilihan pengguna British dalam memakan buah segar Malaysia. Kajian ini berasaskan empat buah utama iaitu durian, manggis, rambutan dan belimbing. Kaedah kualitatif melalui kumpulan fokus perbincangan (FGD) digunakan di dalam kajian ini. Satu soal selidik separa berstruktur digunakan bagi membantu dalam pengendalian kumpulan fokus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam faktor yang mempengaruhi pengguna British memakan buah segar Malaysia. Faktor ini tergolong di bawah aspek fizikal dan penggunaan, sifat intrinsik dan kos, pengetahuan mengenai penggunaan, rupa, tekstur dan kandungan, keunikan dan faedah kesihatan. Kajian ini merupakan yang terulung dalam mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan buah-buahan Malaysia oleh masyarakat British yang menetap di Malaysia.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above