184782
TodayToday156
YesterdayYesterday183
This_WeekThis_Week840
This_MonthThis_Month1223

Economic and marketing evaluation of the designer egg industry in Malaysia
(Penilaian ekonomi dan pasaran ke atas industri telur designer di Malaysia)

Abstract

The main purpose of this study is to review the current status and market potential of a designer egg industry and to analyse industry and market structures for designer eggs in Malaysia. A multistage purposive sampling method was applied to select approximately 70% (N = 42) of designer and specialty poultry egg producers in Malaysia. Gini coefficient analysis was applied to identify the industry and market structures for designer eggs. The coefficient was high at 0.764, implying market shares and revenues among designer egg producers were significantly inequitably distributed. This result was consistent with the calculation of Herfindahl-Hirshman Index (HHI) at 0.386, classified as oligopolistic market structure which tends to increase the concentration of wealth and income of the producers, resulting in high barriers to enter the market and industry. Theoretically, this structure reflected inefficient marketing mechanisms in the industry and oligopolistic nature of the market which revealed that the production was monopolized by large scale operators. Determining this structural market in the industry provided a basis for policy measures towards creating a fairer market competition through minimizing collusion and facilitating easier entry. This would ensure the development of a more efficient and competitive designer egg industry in the long run.


Abstrak

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji situasi semasa industri telur designer di Malaysia dengan menilai potensi pasaran dan menganalisis struktur pasaran. Kaedah persampelan tertuju telah dilaksanakan bagi memilih lebih kurang 70% (N = 42) responden daripada pengeluar telur designer di Malaysia. Analisis indeks Gini telah digunakan untuk mengenal pasti struktur pasaran dan industri telur designer. Nilai indeks yang tinggi dan signifikan iaitu 0.764, menjelaskan pembahagian syer dan hasil pasaran telur designer di kalangan pengeluar adalah tidak seimbang. Dapatan ini juga adalah konsisten dengan pengiraan indeks Herfindhal-Hirshman (HHI), iaitu 0.386 yang menyatakan struktur pasaran telah diklasifikasikan sebagai struktur oligopolistik yang mewujudkan konsentrasi terhadap nilai kekayaan dan pendapatan di kalangan pengeluar. Senario ini telah menyebabkan halangan yang tinggi terhadap pengeluar baharu dalam pasaran dan industri tersebut. Secara teori, struktur ini adalah refleksi daripada mekanisme pasaran yang tidak cekap ke dalam industri dan struktur oligopolistik membuktikan pengeluaran telur designer telah dimonopoli oleh pengeluar berskala besar. Kajian ini telah memberi garis panduan terhadap formulasi dasar dan polisi ke arah mewujudkan persaingan pasaran yang seimbang, komplikasi yang minimum serta memudah-cara pengeluar untuk memajukan industry tersebut. Dengan ini, industri telur designer akan membangun dengan lebih cekap dan berdaya-saing, terutamanya bagi jangka panjang.

X

Right Click

Not allowed