150115
TodayToday166
YesterdayYesterday111
This_WeekThis_Week677
This_MonthThis_Month1945

Khidmat nasihat teknikal MARDI bantu pembangunan PKS
(MARDI’s technical advisory services assist SME development)
Sharina Shamsudin*, Zaiha Zeeti Mohamad Yusob*, Mohd Nizam Mohd Nizat*, Rozhan Abu Dardak** dan Che Rohani Awang*
Kata kunci: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Program Pembangunan Usahawan, khidmat nasihat teknikal

Abstrak
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia. PKS mewakili 99.2% daripada keseluruhan perusahaan yang ditubuhkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, 77% daripada PKS merupakan perusahaan mikro, 20% perusahaan kecil dan 3% perusahaan sederhana yang lazimnya menggambarkan kekurangan modal dan keupayaan untuk berkembang. PKS juga menghadapi masalah teknikal yang mengekang daripada berdaya maju. Oleh itu, PKS di Malaysia masih bergantung pada khidmat nasihat teknikal daripada agensi kerajaan bagi menghadapi banyak cabaran dan persaingan di peringkat domestik dan antarabangsa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah teknikal yang dihadapi oleh PKS dalam usaha untuk terus berdaya saing. Kajian ini mendapati lebih 92% usahawan yang memerlukan khidmat nasihat teknikal adalah berbangsa Melayu. Majoriti (87.6%) usahawan yang mendapatkan khidmat nasihat adalah dalam bidang makanan, 6.4% dalam bidang tanaman dan 2.7% dalam bidang ternakan. Masalah teknikal yang paling utama dihadapi oleh PKS adalah berkaitan dengan teknologi pemprosesan dan peningkatan kualiti produk. Oleh demikian, program khidmat nasihat teknikal MARDI seharusnya memberi tumpuan kepada pemindahan teknologi yang berkaitan dengannya bagi membolehkan PKS berdaya maju dan berdaya saing di pasaran dalam dan luar negara.

Abstract
Small and Medium Enterprises (SMEs) play an important role in the economic development of Malaysia. SMEs represent 99.2% of the entire companies established in Malaysia. About 77% of them are micro enterprises; 20% are small and 3% are medium-size companies that are usually associated with undercapitalized and inability to thrive organizations. SMEs are also facing technical problems that restrain them from moving forward. Thus, SMEs in Malaysia are still relying on assistance from government agencies for them to face the challenges and compete in the domestic and world markets. The purpose of this study is to identify technological problems faced by SMEs in their efforts to be competitive. This study found that over 92% of the entrepreneurs who required technical advice were Malays. Majority (87.6%) of the entrepreneurs who came to MARDI for technical advice were in the areas of food production, 6.4% in crops and 2.7% in livestock. The main technological problems faced by the SMEs were related to processing technology and improving product qualities. Thus, MARDI’s technical advisory programmes should include transfer of processing technologies and systems that can improve the capability and competitiveness of SMEs in the local and global markets.

X

Right Click

Not allowed