Print

Strategi pemasaran penerbitan ilmiah: Kajian kes Penerbit MARDI


Sebagai institusi penyelidikan, hampir kesemua bahan penerbitan yang dihasilkan oleh MARDI merupakan penemuan penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidiknya. Walaupun penerbitan tersebut dalam bentuk penulisan teknikal, separa teknikal atau popular, namun penerbitan ini boleh dikategorikan sebagai penerbitan ilmiah. Kajian yang dijalankan pada November 2007 ini bertujuan untuk meninjau strategi pemasaran Penerbit MARDI, berasaskan strategi bauran pemasaran 4P iaitu Product, Price, Place dan Promotion (produk, harga, tempat dan promosi). Penerbit MARDI didapati mengamalkan strategi pemasaran Product, Place dan Promotion dengan berkesan. Sejak tahun 2002, lebih daripada 60 tajuk buku telah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Selain itu, jumlah jualan di lima pameran teratas mencapai 61–83% daripada keseluruhan hasil jualan bagi tahun 2005–2007. Walau bagaimanapun, strategi pemasaran ini perlu ditambah baik dan dinilai semula untuk menepati kehendak pengguna dan untuk berdaya saing dengan penerbit ilmiah yang lain.

Copyright 2012 ©
Economic and Technology Management Research Centre,
MARDI Headquarters, Persiaran MARDI- UPM, 43300 SERI KEMBANGAN,
SELANGOR, MALAYSIA
Best viewed in IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Google Chrome version 9.0 & above