194751
TodayToday32
YesterdayYesterday396
This_WeekThis_Week1075
This_MonthThis_Month5912

Penerimaan pengguna di Sabah terhadap tempura udang dan filet tuna kutlet
(Consumer acceptance of shrimp tempura and cutlet tuna fillet in Sabah)
Noorlidawati Ab Halim*, Rashilah Mohamad*, Norzalila Kasron**, Rina Singkina*** dan Kamaruzaman Ahmad**
Kata penunjuk: penerimaan pengguna, produk teknologi MARDI, tempura udang, filet tuna

Abstrak
Kajian penerimaan pengguna terhadap produk teknologi MARDI iaitu tempura udang dan filet tuna kutlet telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah. Responden dipilih secara persampelan rawak untuk menguji rasa dan menjawab soal selidik berkaitan dengan ciri-ciri produk yang dihasilkan. Hampir keseluruhan responden gemar terhadap produk yang dibangunkan oleh MARDI. Penerimaan responden untuk produk ini sangat tinggi iaitu 99% bagi tempura udang dan 93% untuk filet tuna kutlet. Kecenderungan pengguna untuk membeli produk-produk tersebut jika terdapat di pasaran juga menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu 96.4% bagi tempura udang dan 89.9% bagi filet tuna kutlet. Responden memberi beberapa cadangan untuk menambah baik produk dan antaranya ialah saiz yang seragam, aroma yang lebih segar dan tidak hanyir serta variasi rasa. Hanya 42% responden sanggup membayar tempura udang pada harga yang disyorkan iaitu RM23/500 g, manakala 72% pengguna bagi filet tuna kutlet pada harga RM9/425 g. Harga maksimum yang sanggup dibayar oleh pengguna ialah RM25/500 g bagi tempura udang dan RM10/425 g untuk filet tuna kutlet. Maklumat harga dan penerimaan pengguna ini berguna bagi penjana teknologi dan usahawan untuk membaiki dan meningkatkan mutu produk, merancang pembangunan produk serta membentuk strategi pemasaran.

 

Abstract
A study on consumer acceptance of MARDI’s technology, shrimp tempura and cutlet tuna fillet, was carried out in Kota Kinabalu, Sabah. Respondents were selected by random sampling to test the flavour and answer a questionnaire related to the characteristics of the products. Acceptance of the respondents for these products was very high at 99% for shrimp tempura and 93% for cutlet tuna fillet. The tendency of consumers to purchase these products if available in the market also showed a high percentage with 96.4% and 90% for tempura shrimp and tuna fillet cutlet respectively. However, some of the respondents proposed improvement of the product namely uniform and constant size, fresh aroma and not fishy, and variations of different flavours. Only 42% of consumers were willing to pay for the shrimp tempura at the recommended price, RM23/500 g, while 72% were willing to pay for the cutlet tuna fillets at the price offered, RM9/425 g. The maximum price that consumers were willing to pay were RM25/500 g for shrimp tempura and RM10/425 g for cutlet tuna fillets. Pricing information and user acceptance are useful for the technology generators and entrepreneurs to improve and enhance the quality of products, product development plans and developing marketing strategies.

X

Right Click

Not allowed