194314
TodayToday205
YesterdayYesterday172
This_WeekThis_Week638
This_MonthThis_Month5475

Technology benchmarking of selected agriculture industries in Malaysia using Fuzzy Logic
(Penanda aras teknologi industri pertanian terpilih di Malaysia menggunakan Logik Kabur)
Mohd Zaffrie Mat Amin*, Mohd Amirul Abdul Wahab*, Mohd Syauqi Nazmi*, Syahrin Suhaimee* and Rosnani Harun*
Keywords: broiler, paddy, organic farming, Fuzzy Logic

Abstract

This study aimed to benchmark the production technology in Malaysia based on each commodity and to identify the potential technology that is suitable to be adopted in local environment. Benchmarking features and technologies applied in each industry were measured through survey and Fuzzy Logic system. This study was conducted on farmers involved in the production of paddy (268), broilers (312) and organic farming (53). The results showed technology applied in organic farming was still in average level. The application of technology/best practice in broiler farming was also in average level while technology in paddy production can be defined as among the best technology in terms of fertilisation and seed rate. There is a need to inject more catalysers to enable the best technology to be applied to increase more production and profit. It is also suggested that the role of technology transfer agencies to be strengthened and enhanced. Self-initiative, better training and effective technology transfer programme are needed by Malaysian farmers for impactful technological adoption.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur penanda aras teknologi pengeluaran di Malaysia berdasarkan setiap komoditi dan mengenal pasti prospek teknologi yang berpotensi untuk diguna pakai dalam persekitaran tempatan. Ciri-ciri penandaarasan dan teknologi lain yang digunakan dalam setiap industri diukur melalui survei dan sistem Logik Kabur. Kajian ini telah dijalankan pada perusahaan padi (268), ayam pedaging (312) dan pertanian organik (53). Keputusan menunjukkan teknologi yang digunakan untuk pertanian organik masih dalam tahap purata. Bagi penternakan ayam pedaging, amalan terbaik teknologi juga pada tahap yang sederhana manakala dalam pengeluaran padi, teknologi boleh ditakrifkan antara teknologi yang terbaik dari segi membaja dan kadar benih. Lebih pemangkin perlu disuntik untuk menjadikan amalan teknologi yang terbaik dan meningkatkan lagi pengeluaran dan keuntungan. Dicadangkan juga peranan agensi pemindahan teknologi diperkukuhkan dan dipertingkatkan. Oleh itu, inisiatif diri, latihan yang lebih baik dan program pemindahan teknologi yang berkesan diperlukan oleh petani Malaysia untuk menjadikan amalan teknologi lebih berkesan.

X

Right Click

Not allowed