Benchmarking and prospecting of technological practices in rice production
(Penanda aras dan prospek amalan teknologi dalam pengeluaran padi)
Rosnani Harun*, Syahrin Suhaimee*, Mohd Zaffrie Mohd Amin* and Nurul Huda Sulaiman*
Keywords: benchmarking, prospecting, technological practices, rice production, Malaysia, Vietnam
Abstract
The objectives of this study were to benchmark and compare rice production technology in Malaysia and Vietnam and to prospect potential technology that is suitable to be adopted in the local environment. Data were analysed using the Fuzzy Logic method to obtain the index of rice production technology. Eight benchmarking parameters based on Rice Check were selected, namely rate of seed, seed preparation, soil preparation, tillage, water management, fertilisation, weed management and, pest and disease management. The study found that the majority (65%) of farmers in Malaysia are on the average level of the technology index, while 60% of farmers in Vietnam are at the best level. The Fuzzy Logic analysis found that the overall technology index of rice production in Malaysia (0.52) was lower than Vietnam (0.56). There was also a huge gap between the best and the worst technological practices in Malaysia, while on the other hand, the gap was smaller in Vietnam. It revealed that the disparity of technological practices in rice production among farmers in Malaysia is still low compared to Vietnam. Therefore, self-initiative, better training and effective technology transfer programme are needed by Malaysian farmers for impactful technological adoption.
Abstrak
Objektif kajian ini adalah untuk menanda aras indeks teknologi pengeluaran padi dan memprospek teknologi baru yang boleh diterima dan disesuaikan dengan persekitaran di Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah Logik Kabur (Fuzzy Logic) untuk mendapatkan indeks teknologi pengeluaran padi. Lapan parameter indeks tanda aras telah dipilih berdasarkan Rice Check iaitu kadar benih, penyediaan benih, penyediaan tanah, pembajakan, pengurusan air, pembajaan, pengurusan rumpai dan pengurusan perosak dan penyakit. Kajian mendapati bahawa majoriti (65%) daripada petani di Malaysia berada pada tahap purata indeks teknologi, manakala 60% daripada petani di Vietnam berada pada tahap yang terbaik. Analisis Logik Kabur mendapati bahawa indeks teknologi keseluruhan pengeluaran padi di Malaysia (0.52) adalah lebih rendah daripada Vietnam (0.56). Terdapat juga jurang yang besar antara amalan teknologi yang terbaik dan paling teruk di Malaysia dan sebaliknya, didapati jurang perbezaan adalah lebih kecil di Vietnam. Ini menunjukkan bahawa amalan teknologi pengeluaran padi dalam kalangan petani di Malaysia masih rendah berbanding dengan Vietnam. Oleh itu, inisiatif diri, latihan yang lebih baik dan program pemindahan teknologi yang cekap diperlukan oleh petani Malaysia untuk penerimaan teknologi yang lebih berkesan.